Lori kontena abai keselamatan bawa lebih muatan cetus kebimbangan pengguna jalanraya

Setiap kali anda membawa kenderaan, anda pasti seboleh-boleh cuba mengelak daripada memandu berhampiran dengan lori. Lebih-lebih lagi jika lori tersebut membawa lebih muatan yang boleh menggugat keselamatan.
Baru-baru ini Ushar Daniele, seorang wartawan berita antarabangsa telah berkongsi beberapa keping gambar sebuah lori membawa lebih muatan yang membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
Lori tersebut dilihat cuma menggunakan rantai besi bagi ‘menahan’ pintu belakang yang hampir terbuka akibat membawa muatan yang berlebihan.
Hi @JPJ_Malaysia this guy is endangering a lot of road users. I think we’ve had enough casualties that can be avoided. pic.twitter.com/4blePvpIgQ
— Ushar Daniele (@ushardaniele) March 28, 2021
Ciapan tersebut telah menarik lebih ramai netizen yang berkongsi kerisauan dan pengalaman mereka yang pernah mengalami insiden bila berhadapan dengan lori seperti ini.
Cermin kereta yanie pernah retak. Sebab ada satu lori tu bawak batu banyak sangat, sampai menimbun hah batunya. Pastu satu dari batu tu jatuh kena kereta 😭
Bahaya betul la lori yang lebih muatan ni.
— yanie (@NurulHayani_) March 28, 2021
Tk tgk lgi lori kontena laju dkt highway mnghala ke pelabuhan klang. Lane 1 perginya https://t.co/PSG4qPmTFd
— 🇲🇾 هاظيم دأود (@_haazimdaud_) March 28, 2021
Byk sangat lori yg bawak lebih muatan dari yg sepatutnya.tak taulah mcm mana diaorg ni drive relax je.masalahnya nanti entah siapa siapa yg jadi mangsa.kadang tu bawak amboi macam tak faham yee dia tu dahlah muatan berat pastu mcm nak terkeluar isi perut lori tu haa. https://t.co/G93DDZyd4l
— shamira (@n_shamirashafie) March 28, 2021
idk same lorry or not. but recently lori cmni gak la. x tutop atas.. habis terbang2 kotak n plastic jatoh.. one of the kotak hit rear part of my car.. almost langgar moto belakang me gak.. bahaye.. https://t.co/vlFGW8da2v
— Mimi (@isyanzya) March 28, 2021
Rata-rata ramai netizen meminta pihak berkuasa melakukan pemeriksaan ketat yang sama seperti mereka membuat pemeriksaan untuk nombor pendaftaran, tinted cermin dan bunyi ekzos kenderaan.
Netizen juga mahu pihak berkuasa memberikan hukuman yang setimpal kepada pemandu dan syarikat yang tidak mengendahkan keadaan lori yang boleh mengakibatkan kemalangan kepada pengguna jalan raya yang lain. – TV