“Lockdown apa nie, Louis Vuitton essential ke?” – Michael Ang kesal dengan tindakan kerajaan benarkan LV beroperasi

“Lockdown apa nie, Louis Vuitton essential ke?” – Michael Ang kesal dengan tindakan kerajaan benarkan LV beroperasi

PENGARAH dan penerbit kontroversi, Michael Ang kesal dengan tindakan kerajaan membenarkan outlet barangan mewah Louis Vuitton (LV) beroperasi semasa sekatan pergerakan penuh.

Beliau yang membuat keluhan menerusi video di laman Instagramnya, melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan itu kerana menyifatkan LV bukan tergolongan dalam perkhidmatan perlu walaupun ia dalam kategori e-dagang.

“Aku nak buat pencerahan dengan hantaran aku pasal LV, banyak orang DM aku cakap aku bangang dan suruh aku duduk diam-diam.

“Walau aku artis tapi aku bukan artis bodoh, aku taulah diaorang (LV) mohon melalui e-dagang dan Kerajaan pun memang dah cakap e-dagang boleh berniaga ‘as long essential’,” luahnya.

Menerusi video berdurasi dua minit 11 sat itu, Michael berkata, sekiranya kerajaan memberi kebenaran kepada LV beroperasi sebagai e-dagang yang bukan essential tidak mustahil butik mewah lain akan menuntut perkara sama.

Beliau berkata, secara tidak langsung pekerja butik mewah berkenaan terpaksa bekerja kerana aktiviti pembungkusan dan penghantaran produk berkenaan tidak boleh dilakukan di rumah.

“Kalau e-dagang yang bukan essential macam LV boleh buka, korang ingat yang lain tak nak minta? Macam Shiseido, SK-II, Gucci,Prada, Hermes semua ni akan minta.

“Bila semua orang minta, lagi bertambah orang masuk dalam ‘store room’, pekerja yang kena ambil dan bungkus, delivery lagi bertambah, bukan ke lagi banyak orang kat luar?,” soalnya.

Katanya lagi, kelmarin kes Covid-19 sudah menurun dan ia sekali gus memberi kelegaan kepada rakyat, namun semalam kes kembali meningkat menghampiri angka 7,000.

“So lockdown apa nie? itu maksud aku. So kalau korang boleh ubah setiap hari suka hati mak bapak, kenapa e-dagang ini korang tak tengok betul-betul.

“Cuma essential je lah boleh buat. Kalau non-essential tak payahla. LV ko bagi tapi bila aku masuk Watsons ada ‘certain’ benda aku tak boleh beli sebab benda tu non essential apa ke bodoh?

“Alang-alang aku dalam tu bagi jelah aku beli kenapa part tu kena tutup,” katanya.

Terdahulu, kerajaan mengesahkan outlet barangan mewah LV dibenarkan beroperasi semasa sekatan pergerakan penuh.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui Twitter bagaimanapun berkata, ia hanya dibenarkan untuk khidmat penghantaran, bukan kunjungan terus pelanggan ke kedai.

Sumber: Malaysiapost