Letak periuk sambal nasi lemak berhampiran tong sampah, netizen ‘jijik’ lihat keadaan dapur kedai makan

Letak periuk sambal nasi lemak berhampiran tong sampah, netizen ‘jijik’ lihat keadaan dapur kedai makan

 

Kebersihan adalah aspek penting yang perlu diberi perhatian oleh setiap individu, terutamanya pemilik premis makanan.

Ini kerana, kebersihan premis makanan memainkan peranan penting dalam memastikan makanan yang dihidangkan kepada pelanggan adalah selamat untuk dimakan dan bebas daripada sebarang risiko keracunan makanan.

Namun, sebuah video yang tular di platform media sosial X baru-baru ini menimbulkan kebimbangan di kalangan netizen.

Video tersebut menunjukkan beberapa individu yang dipercayai pihak berkuasa melakukan pemeriksaan terhadap sebuah premis tempatan.

Dalam video berdurasi satu minit itu, dapur premis tersebut kelihatan kotor. Antara yang mengejutkan ialah, periuk berisi sambal nasi lemak yang diletakkan di lantai, berhampiran tong sampah.

Malah, periuk itu dibiarkan terbuka dan dihinggapi lalat.

Selain itu, bahan masakan seperti ayam mentah juga diletak dalam besen secara terbuka, sehingga dihinggapi lalat.

ā€œApa tu? Sambal nasi lemak ke? Kenapa letak kat bawah lantai? Nampak ni, dah ada berenga (lalat) dah ni. Kenapalah jual kat orang macam ni kak,ā€ kata individu yang merakam video.

Walau bagaimanapun, nama dan lokasi premis berkenaan tidak didedahkan kepada umum.

Di media sosial, netizen turut meluahkan rasa jijik melihat keadaan dapur kedai tersebut.

ā€œKalau tunjuk kat parent video ni, confirm lepas ni tak makan kat luar dah,ā€ kata netizen.

Turut timbul cadangan yang meminta pihak berkuasa mewajibkan pengusaha kedai makan Melayu memohon sijil halal.

ā€œPatut kedai Melayu pun kena apply sijil halal juga ni. Confirm 70 peratus tak lepas syarat kebersihan,ā€ tambah netizen lain.