Letak limit berat badan 45kg, Amyra Rosli akan berpuasa jika dah cecah 47kg

Letak limit berat badan 45kg, Amyra Rosli akan berpuasa jika dah cecah 47kg

 

Pelakon dan pengacara, Amyra Rosli akan berpuasa jika berat badan sudah mencapai 47 kilogram.

Pendedahkan itu dibuat oleh selebriti berusia 33 tahun dalam sebuah video dimuat naik Majalah Wanita di TikTok, baru-baru ini.

Amyra atau nama penuhnya Nur Amira Izzati Rosli berkata, dia sangat mengawal berat badannya agar tidak melebihi limitasi yang telah ditetapkan.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata, dia meletakkan 45 kilogram sebagai limitasi berat badannya dan akan berpuasa jika sudah hampir mencapai 47kilogram.

“Saya ada limit yang saya letak pada berat badan.

“Berat limit saya 45kg, kalau saya rasa seluar jeans dah tak muat, dah menuju ke 47kg kemudian saya akan berpuasa. Sekarang berat saya 43kg,” katanya.

Disoal mengenai caranya mengekalkan berat badan ideal, pelakon drama Bunga Salju itu menyatakan dia tidak mempunyai pantang larang kecuali mengawal pemakanan harian sahaja.

Malah, dia juga mengelakkan diri daripada minum ais kerana ia boleh menganggu kualiti suaranya.

Jelasnya, dia perlu mengekalkan berat badan yang ideal untuk mendapatkan stamina bagi memudahkannya melakukan kerjaya seni.

“Terus terang saya makan semua benda, tidak ada pantang larang. Tetapi saya kawal kuantiti makanan dan tidak berapa minum ais.

“Saya bukan kata pentingkan sangat gemuk atau kurus, tetapi nak jaga stamina untuk lakonan dan pengacaraan. Sebab kalau minum ais boleh ganggu suara,” ujar Amyra Rosli.

Isteri kepada pelakon Amar Baharin berkata, pengambilan makanan yang sihat dalam kuantiti yang berpatutan antara rahsia dia dapat mengawal berat badannya.

Selain kuantiti makanan, Amyra juga akui dirinya akan mengelakkan diri daripada makan makanan manis dan berminyak.

“Saya tidak suka yang berminyak, mungkin sebab itu juga saya boleh kekalkan berat badan.

“Itu lah jawapan saya kalau orang tanya macam mana jaga badan. Kalau nak mula seminggu dua minggu memang susah, kena buat dari awal,” kongsinya.

@mingguanwanita

Ibu kepada dua cahaya mata dan isteri kepada Amar Bahrin ni maintain kurus walau sudah menjadi ibu. Malah Amyra kongsi cara dirinya kekalkan berat badannya rupanya jika rasa badan agak naik dia akan berpuasa sunat. Malah dirinya juga bila dirumah tak suka duduk diam, suka berkemas! #mwambiltahu #mingguanwanita #selebritimalaysia #isteribekerjaya #fyp

♬ original sound – MingguanWanita – MingguanWanita