“Lepas 18 jam memandu” – Lelaki hanya mampu termenung, dah sampai KL baru perasan kunci rumah tertinggal di Terengganu

“Lepas 18 jam memandu” – Lelaki hanya mampu termenung, dah sampai KL baru perasan kunci rumah tertinggal di Terengganu

 

Sudah menjadi kebiasaan di musim perayaan, jalan raya utama di Malaysia akan menjadi sesak ekoran pertambahan kenderaan atas jalan raya baik daripada kelompok masyarakat Melayu atau sebaliknya.

Maka setiap pemandu haruslah bersedia dengan risiko kesesakan lalu lintas yang akan menyebabkan perjalanan menjadi lebih lama dari kebiasaan.

Namun bagi seorang lelaki ini pula, kepenatan memandu pulang ke kota Kuala Lumpur sewaktu musim Aidilfitri ini seakan bertambah-tambah setelah dia mengetahui satu ‘berita’ yang cukup menyakitkan jiwa.

Kepenatan memandu masih lagi dirasai, dia dan keluarga baru tersedar bahawa kunci rumah mereka tertinggal jauh di Terengganu.

Tiada kata-kata yang mampu menzahirkan perasaan lelaki ini ketika itu.

Renungan kosong dan panjang yang dipaparkan dalam rakaman TikTok ini sudah cukup untuk menunjukkan betapa penat fikirannya mengenangkan insiden tertinggal kunci berkenaan.

Tambah-tambah pula selepas menempuh perjalanan yang memakan masa lebih kurang 18 jam dari negeri Pantai Timur berkenaan.

@ceokuterer

Jasad baru sampai di KL lepas 18 jam memandu, kunci rumah pulak tertinggal di Kuala Terengganu.

♬ original sound – ACHIK AFIQ 06 – ACHIK AFIQ 06

Sejak dikongsikan semalam, video milik pengguna TikTok @ceokuterer ini sudah meraih lebih 600 ribu jumlah tontonan.

Selain merasa terhibur, ramai juga netizen yang mengimbau kenangan tatkala mengalami kejadian sama dengan lelaki ini.

Tidak ketinggalan yang memberikan idea-idea bernas untuk menyelesaikan masalah tersebut.