Lelaki warga emas maut rentung akibat bakar diri sendiri

Lelaki warga emas maut rentung akibat bakar diri sendiri

 

Seorang lelaki warga emas ditemui rentung selepas dikatakan membakar dirinya menggunakan petrol dalam kejadian berhampiran Sekolah Kebangsaan Pakatan Jaya di Persiaran Bercham Timur, di sini, hari ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.44 pagi sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi kita dapati seorang lelaki berusia 74 tahun disyaki membakar dirinya menggunakan petrol.

35223E4A-840D-4437-8DDA-4EA11989DACA

“Anggota bomba bertindak memadamkan api sebelum pegawai perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” ujarnya.

Tambahnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 11.15 pagi.