Lelaki tunjuk samseng, ajak bertumbuk lembik dihempuk tauke kedai

Lelaki tunjuk samseng, ajak bertumbuk lembik dihempuk tauke kedai

 

Tular satu video seorang lelaki dan beberapa kenalannya tunjuk samseng ajak bertumbuk dengan pemilik kedai runcit tanpa diketahui puncanya.

Menerusi video yang ditularkan pengguna X dikenali sebagai lANZAlNAL, lelaki terbabit yang datang menaiki motosikal dengan membawa helmet pada mulanya bergaduh mulut sebelum mengajak pemilik kedai bertumbuk satu lawan satu.

Tidak sempat memulakan langkah, pemilik kedai telah menyerang bertubi-tubi dengan tumbukan sehingga dia lembik dan terjatuh tanpa sempat mempertahankan diri.

 

Disebabkan sudah memaklumkan pergaduhan tersebut ‘satu lawan satu’, orang ramai yang berada di hadapan kedai tersebut cuma mampu menjadi penonton sahaja sehingga lelaki tunjuk samseng itu bangun dan membuat pukulan curi menggunakan helmet dari belakang.

Pemilik kedai telah kembali memukul lelaki terbabit sehingga terbaring di hadapan kedai sebelum ditenangkan oleh orang ramai.

 

Video tersebut telah ditonton sehingga ribuan kali di X dan rata-rata menyatakan video pergaduhan tersebut sama seperti dalam filem-filem.

Mereka juga mentertawakan tindakan samseng lelaki terbabit kerana menunjuk lagak pada awalnya mahu bergaduh sehingga memakan diri sendiri apabila teruk dipukul semula.

Tunjuk samseng ajak bertumbuk

Walau bagaimanapun, kejadian tersebut tidak diketahui bila ia berlaku dan berpunca daripada apa kerana tiada sebarang keterangan dijelaskan.

Belum ada penjelasan daripada mana-mana pihak berhubung situasi yang berlaku.