Lelaki tertekan bakal mentua naikkan hantaran RM14K kepada RM18K selepas Perdana Menteri umum naik gaji

Lelaki tertekan bakal mentua naikkan hantaran RM14K kepada RM18K selepas Perdana Menteri umum naik gaji

 

Ingatkan harga barang je boleh naik, tak tahu pula wang hantaran perkahwinan pun boleh naik macam tu.

Itulah apa yang dikongsikan seorang lelaki yang kecewa apabila bakal ibu mentua menaikkan wang hantaran perkahwinan yang sudahpun dipersetujui secara tiba-tiba.

Perkara ini dikongsikannya di aplikasi X, di mana dia sepatutnya menikahi tunangnya pada Disember 2024.

Bagaimanapun, bakal ibu mentuanya memungkiri janji dan menaikkan wang hantaran sebaik sahaja Perdana Menteri mengumumkan ada kenaikan gaji bagi penjawat awam.

Aku kerja sebagai penjawat awam. Dah bertunang dan bakal berkahwin pada Disember. Sebelum ini, bakal mentua minta RM14,000. Aku tunaikan. Lepas Perdana Menteri umumkan kenaikan, mentua minta hantaran naik jadi RM18,000.

Disebabkan permintaan itu, lelaki ini tertekan dan mula berfikir sama ada dia patut teruskan hubungan atau tidak kerana kerap bergaduh dengan tunang.

Dalam pada itu, ramai yang menasihatkan lelaki ini untuk mengundurkan diri sekiranya tidak mampu untuk meneruskan hubungan.

Apapun, cubalah bawa berbincang dahulu dengan keluarga bakal mentua untuk cari jalan penyelesaian yang terbaik.