Lelaki tersalah umpil peti cadangan tak sempat nak pecah tabung, terkejut alat penggera berbunyi

Lelaki tersalah umpil peti cadangan tak sempat nak pecah tabung, terkejut alat penggera berbunyi

 

Tular di media sosial baru-baru ini memaparkan satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung kes percubaan memecahkan tabung surau oleh individu tidak dikenali pada awal pagi Sabtu di Bangi, Selangor.

Dalam video berkenaan, lelaki berkenaan kelihatan membawa sebatang besi perejang atau dikenali sebagai ‘crowbar’ memasuki perkarangan rumah ibadah pada kira-kira pukul 3 pagi.

Tidak lama kemudian, dia cuba memecahkan sebuah tabung yang diletakkan di salah satu tiang dengan cara merosakkan mangga yang dipasang.

@imyourzsz

Kawasan bangi..hati2..#mvmusic #fyp #mostviralvideo

♬ original sound – Retromusic – Retromusic

Namun, usahanya itu tidak membuahkan sebarang hasil apabila peti yang diumpil itu hanya kotak cadangan memandangkan individu itu seakan-akan kecewa selepas kotak berkenaan dibuka.

Perasaan hampa sekali lagi menimpa lelaki berkenaan selepas percubaannya untuk membuka tabung berhampiran hanya membuatkan penggera yang dipasang berbunyi.

Menyedari perkara itu, dia kemudiannya melarikan diri tanpa membawa sebarang hasil daripada niat buruknya dengan tabung surau tersebut masih berada dalam keadaan elok.

Dua minit kemudian, sebuah Perodua Axia berwarna putih memasuki kawasan masjid dengan ia dipercayai kakitangan surau yang menyedari bunyi penggera tersebut.

Setakat ini, tiada laporan lanjut mengenai lokasi masjid dan identiti pelaku dengan Majoriti akan cuba mengemas kini sebarang maklumat diperolehi mengenainya.