Lelaki tembak ‘anu’ suami baru bekas isteri kerana cemburu, bila disoal siasat kata ‘tersilap’ sambil ketawa

Lelaki tembak ‘anu’ suami baru bekas isteri kerana cemburu, bila disoal siasat kata ‘tersilap’ sambil ketawa

 

Hanya disebabkan cemburu, seorang lelaki di selatan Thailand didakwa menembak kemaluan suami baru bekas isterinya dengan menggunakan sepucuk pistol.

Cemburu bekas isteri kahwin lain

Suspek dikenali sebagai Bunteurm Oonkaew didakwa mabuk ketika kejadian. Dia bertindak sedemikian kerana cemburu melihat bekas isterinya, Ubonrat bahagia berkahwin dengan mangsa.

Lelaki berusia 37 tahun itu telah pergi ke rumah bekas isterinya di Chumphon sebelum mengacukan pistol ke arah suami wanita itu, Somchai Sakoolchai lalu melepaskan tembakan ke arah pangkal paha.

Bimbang bekas suaminya akan bertindak lebih teruk, Ubonrat kemudiannya menghubungi pihak polis dan Banteurm berjaya ditahan untuk siasatan selanjutnya.

Dakwa tersilap tembak

Ketika disoal siasat, lelaki berkenaan mendakwa bahawa pistol berkenaan telah ‘tersilap’ tembak sambil ketawa.

Tembakan itu terlepas dan mengenai bahagian antara kaki Somchai tapi saya tak berniat nak buat macam itu.

Walau bagaimanapun, suspek ditahan reman kerana cubaan membunuh.

Sementara itu, mangsa dikejarkan ke hospital  kerana kemaluannya cedera parah dan dilaporkan berada dalam keadaan sedar, namun doktor meluahkan rasa bimbang jika ia tidak dapat berfungsi lagi.