Lelaki tak puas hati rider cuma isi RM1 minyak motor selepas diberi duit, rupanya simpan baki buat beli pampers anak

Lelaki tak puas hati rider cuma isi RM1 minyak motor selepas diberi duit, rupanya simpan baki buat beli pampers anak

 

Seorang rider penghantar makanan diberi duit untuk isi minyak motor namun cuma menggunakan RM1 sahaja demi memastikan dia dapat membeli lampin pakai buang buat anak di rumah.

Perkongsian tersebut dimuat naik oleh seorang pemuda dikenali sebagai boss. erry menerusi akaun TikTok apabila merakam momen ketika melihat seorang rider menolak motosikalnya yang kehabisan minyak.

Ujarnya, dia telah memberikan duit kepada rider terbabit bagi membolehkannya memenuhi tangki minyak motosikal, namun setelah diekori dari belakang, penghantar makanan berkenaan hanya menggunakan RM1 sahaja daripada jumlah pemberian tersebut.

@boss.erry

Jom doakan abang kita sentiasa dimewahkan rezeki & selamat dunia akhirat. 🤲🏻#doa

♬ original sound – boss.erry – boss.erry

Susulan daripada itu, dia telah berjumpa dengan rider terbabit dan bertanya mengapa menuang tangki minyak motosikal hanya Rm1 sahaja kerana jumlah duit yang diberikan lebih daripada itu.

Dalam suara yang agak sayu, rider berkenaan menyatakan dia mahu menggunakan baki dari wang tersebut untuk membeli lampin anaknya di rumah dan mereka juga belum lagi makan.

Dia hanya menuang tangki minyak sedikit sahaja kerana memang sudah ingin pulang selepas seharian berjemur di bawah terik matahari bagi membuat penghantaran makanan.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai yang rata-rata sebak dengan situasi berkenaan dan menyedari bahawa ada yang lebih susah daripada kita sebenarnya.

Namun begitu, ada juga yang merasakan video terbabit hanyalah konten semata-mata disebabkan beberapa keadaan pelik walaupun mengakui ia sebagai satu video yang cukup memberi kesedaran.