Lelaki patah kaki cuba redah arus deras

Lelaki patah kaki cuba redah arus deras

 

Pengawal keselamatan patah kaki, manakala rakannya terselamat apabila motosikal ditunggangi dihanyutkan arus deras ketika cuba meredah banjir di Jalan Lampin, Sungai Dendang, Selama, di sini, semalam.

Dalam kejadian 6.40 petang itu, mangsa Mohd Razali Mat Nazri,44, dan rakannya, Zakaria Ishak, 59, dalam perjalanan ke tempat kerja mereka di Hospital Selama.

Ketua Polis Daerah Selama, Deputi Superintendan Mohd Sabri Saad berkata, mereka dipercayai cuba meredah air banjir yang melimpah ke jalan utama.

Katanya, tindakan itu menyebabkan motosikal tidak seimbang dan kedua-dua mangsa terjatuh serta dihanyutkan air deras sehingga ke pembahagi jalan.

“Akibat kejadian itu, Mohd Razali patah kaki kanan serta luka manakala rakannya tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Menurutnya, kedua -dua mangsa diselamatkan orang awam yang berada di tempat kejadian.

Katanya, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Selama untuk rawatan.

Sumber: Harian Metro