Lelaki patah gigi makan popia keras, sampai terpaksa tumbuk guna lesung batu

Seorang lelaki patah gigi makan popia liat yang dibeli di bazar Ramadan sewaktu berbuka telah mengundang perhatian ramai.
Menerusi perkongsian pengguna TikTok dikenali sebagai @ejueju.okodoko, dia telah membeli popia sira tersebut dengan harga RM8.00 di bazar Ramadan sebagai juadah berbuka puasa.
Namun, dia berasa ralat kerana tekstur popia tersebut sangat keras dan liat sehingga gigi gerahamnya patah sewaktu mengigit kulit popia berkenaan.
“Korang ni berniaga macam mana? Kalau tak reti masak, tak payah berniaga” ujarnya sambil menggigit makanan tersebut.
@ejueju.okodoko
Bagi membuktikan bahawa kulit popia berkenaan keras, dia telah menumbuk makanan itu menggunakan lesung batu supaya warganet percaya bahawa ia memang benar-benar sukar digigit.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang setuju dengan luahan lelaki terbabit kerana ada yang pernah mengalami hal sama apabila terbeli popia liat dan keras.
Mereka juga mengatakan bukan sahaja makanan tersebut yang bermasalah, tetapi harga yang dijual juga sangat mahal tidak sesuai dengan apa yang diperoleh pembeli.