Lelaki naik kereta mewah selamba lucut seluar, buang ‘hajat’ depan rumah orang

Lelaki naik kereta mewah selamba lucut seluar, buang ‘hajat’ depan rumah orang

 

Kembang tekak melihatnya, mungkin demikianlah kata-kata yang terluah dari mulut berkenaan penularan 1 video menyaksikan seorang lelaki bertindak membuang air besar di hadapan sebuah rumah besar.

Tidak pasti apakah motif di sebalik perbuatan tiada sivik itu, rakaman yang viral itu sudah meraih lebih 200 ribu jumlah tontonan sejak tersebar beberapa jam lalu.

Situasi berkenaan berjaya dirakam oleh penghuni rumah bertentangan yang ikut tergamam dengan ‘pemandangan’ tersebut.

Lelaki berbaju merah itu tanpa segan silu melucutkan seluar dan mencangkung untuk melepaskan hajat di kawasan terbuka.

Kedengaran suara perakam yang mula berteka-teki adalah individu berkenaan mempunyai masalah gangguan jiwa ataupun sebaliknya.

Setelah selesai, dia sempat mengesat bahagian belakangnya dengan tisu sebelum memakai semula seluar seperti tiada apa-apa berlaku.

Kemudian, lelaki berkenaan sempat memandang najisnya sendiri sebelum terus masuk ke kereta putih yang sejak dari awal sudah menunggunya di situ.

Menjengah ke ruangan komen, netizen juga ikut kesal dan merasa geli dengan apa yang disaksikan mereka.

Di satu sudut lain, ramai beranggapan kemungkinan lelaki berkenaan merupakan warga asing dan bukanlah rakyat tempatan.