Lelaki muat naik komen berbaur penghinaan terhadap kalimah Allah dipanggil polis

Lelaki muat naik komen berbaur penghinaan terhadap kalimah Allah dipanggil polis

 

Padah memuat naik komen menghina agama, seorang lelaki dibawa ke Balai Polis Kota Kinabalu, Sabah selepas 6 jam dikepung orang awam di bawah rumah.

sabah

Perbuatan yang dilakukan oleh individu dikenali sebagai Ricky Shane ini mencetuskan kemarahan orang awam di sekitar Sabah sebelum mereka berkumpul di bawah rumahnya.

Beliau didakwa meninggalkan komen berbaur penghinaan berhubung isu stokin tertera kalimah Allah di KK Mart baru-baru ini.

Allah d tapak kaki pun satu isu mentality sampah.

ricky shane

Selepas sedar akan kesilapannya, Ricky memohon maaf kepada orang Muslim berkenaan kesalahan yang dilakukan serta mengaku sudah memeluk Islam 2 tahun lepas.

Sebenarnya saya mualaf sudah dua tahun, masih banyak perlu saya belajar dan hormat terutamanya agama Islam.

Saya minta agar kamu faham kita manusia biasa buat kesilapan dan saya minta ampun agar bulan Ramadan ini, kita boleh bermaaf-maafan antara satu sama lain.

Saya berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang besar ini dan akan bertaubat. Sekali lagi saya minta maaf kepada yang terlibat.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Semoga beliau mendapat hukuman setimpal atas kesalahan yang dilakukan.