Lelaki mengamuk tunggu giliran lama tapi disuruh balik, pekerja dakwa tak cukup staf

Lelaki mengamuk tunggu giliran lama tapi disuruh balik, pekerja dakwa tak cukup staf

 

Baru-baru ini tular di laman Twitter, video memaparkan seorang lelaki yang mengamuk ketika berurusan di sebuah kaunter kerajaan telah mendapat perhatian daripada orang ramai.

Menerusi video tersebut, dilihat lelaki berbangsa india itu menjerit-jerit memarahi staf di kaunter berkenaan dan menepuk-nepuk meja sambil cuba ditenangkan oleh rakannya.

Difahamkan, dia sudah lama menunggu nombor gilirannya namun apabila sampai di kaunter, dia tidak dapat menyelesaikan urusannya akibat masalah system down dan kekurangan staf pekerja.

Ramai datang pukul 2, pukul 10 30 ambik nombor, you kena tambah orang la! Bukan masalah saya, saya bayar.

Malah, lelaki itu turut sudah berulang kali datang ke pejabat tersebut untuk menjelaskan pembayaran bil namun disuruh pulang.

Berapa kali saya nak pergi balik pergi balik? Saya manusia bukan binatang! Jangan buat saya macam binatang! Bukan dekat rumah saya!

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen seperti memahami perasaan lelaki berkenaan dan malah berterima kasih kepadanya kerana menyuarakan perkara tersebut yang sering dilalui oleh rakyat Malaysia.

“Dah kena marah baru semua staf keluar, tadi kata tak cukup,” tulis seorang netizen.

“Bagus brother ni.. dia bersuara untuk kita semua yang menunggu macam tak ada kerja lain nak buat.. tu belum yang duduk jauh semata-mata nak pergi menunggu dekat kaunter,” tulis seorang pengguna TikTok.