Lelaki mengamuk makanan lambat sampai, ugut mahu pecat rider

Lelaki mengamuk makanan lambat sampai, ugut mahu pecat rider

 

Tular sebuah video, seorang lelaki berang apabila makanan yang dipesannya lambat sampai ke lokasi telah mencetuskan kritikan serta reaksi daripada orang ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna @minyakhitamjalanan di laman TikToknya, dia yang merupakan seorang penghantar makanan telah dimarahi oleh individu di sebuah lokasi yang tidak diketahui.

@minyakhitamjalanan

Dia bagi salah location dgn grabfood.. Aku dah sampai location dia cakap kau tak pandai cari sediri ke.. Aku dah cari satu jam.. Dia sampai2 je dia marah aku depan org ramai dia ingt aku takde hati ke ape… Lepas dia nak cakap dia boleh buat aku hilang kjer plk tu..

♬ bunyi asal – minyakhitamjalanan – minyakhitamjalanan

Difahamkan, penghantar makanan itu menjelaskan lelaki tersebut memberi maklumat penghantaran yang salah kepadanya namun, sebaik sahaja dia tiba di lokasi, lelaki itu bertindak memarahinya dan memberi ugutan mahu memecat dirinya.

“Dia bagi salah lokasi dengan grabfood.. Aku dah sampai location dia cakap kau tak pandai cari sediri ke.. Aku dah cari satu jam.

“Sampai-sampai je dia marah aku depan org ramai, dia ingt aku tak ada hati ke ape… Lepas dia nak cakap dia boleh buat aku hilang kerja pula tu,” luahnya di ruangan kapsyen.

Tidak gentar dengan ugutan lelaki itu, penghantar makanan tersebut mencabarnya untuk membuang dia daripada pekerjaan tersebut memandangkan dia mendakwa pihaknya adalah rakan kongsi kepada grab food.

Dia yang salah pin location, rider pulak yang disalahkan!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kemarahan mereka dengan perbuatan biadap lelaki tersebut kerana sudah jelas, ia merupakan kesalahannya yang salah memberi maklumat kepada penghantar makanan.

Jangan risau brader, kami semua belakang awak!

Malah, mereka juga menitipkan kata semangat buat penghantar makanan itu dan memberitahu supaya tidak takut akan ugutan lelaki tersebut.