Lelaki maut, lori terbabas langgar tiang elektrik

Lelaki maut, lori terbabas langgar tiang elektrik

Seorang lelaki maut selepas lori yang dipandunya dikatakan terbabas lalu melanggar tiang elektrik di simpang masuk Kampung Sitiawan, di sini, malam tadi.

Mangsa, S. Elangeswaran, disahkan maut di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 11.06 malam.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati sebuah lori tiga tan tanpa muatan telah terbabas melanggar sebatang tiang elektrik menyebabkan pemandunya tersepit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Razlan Dimyati tamat jam 11.50 malam.

Sumber: Astro Awani