Lelaki kutuk orang tak tahu malu beraya guna duit KWSP terima padah

Lelaki kutuk orang tak tahu malu beraya guna duit KWSP terima padah

 

PENGELUARAN khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sejak 18 April lalu sedikit-sebanyak menjadikan sambutan Syawal pencarum kali ini lebih bermakna.

Namun, apa yang tidak sedap didengar apabila segelintir pihak memperlekehkan pencarum KWSP dan melabelkan mereka sebagai ‘tidak tahu malu’ kerana meraikan Aidilfitri menggunakan wang berkenaan.

Di Facebook, posting berunsur penghinaan yang dibuat oleh seorang lelaki amat tidak disenangi netizen.

“Korang tak malu ke beraya dengan duit KWSP,” tulis lelaki itu menerusi group Facebook Riak Apa Hari Ini.

Di ruangan komen, netizen mengecam kebiadaban lelaki itu yang disifatkan tidak sensitif dengan nasib pencarum yang kurang berkemampuan.

Malah menurut beberapa pencarum, mereka tidak sepatutnya malu kerana wang berkenaan merupakan hasil titik peluh mereka sendiri.

“Duit kita, bukan kita curi pun. Hasil titik peluh kita. Kalau berhutang, duit ada tapi tak reti bayar tu baru boleh kata malu.

“Itu hasil titik peluh aku selama ni. Kau tak malu ke bertanya? Tak ada duit KWSP kan?

“Yang malu bila acah-acah ewah tapi hutang sana sini. KWSP tu pun duit hasil titik peluh sendiri. Jadi syukur selalu.

“Nak malu buat apa. Bukannya kami beraya dengan duit bapa kau,” demikian menurut beberapa komen netizen.

Untuk rekod, pembayaran bagi pengeluaran khas KWSP sehingga RM10,000 dibuat bermula 18 April lalu.

Semakan mStar pada profil Facebook lelaki itu mendapati dia sering memuat naik soalan dan kenyataan berunsur provokatif yang menyentuh isu-isu sensitif.

“Kenapa bini orang lagi cantik dari bini aku ek? Pelik betul la.

raya6

“Patut ke saya bagi sampul kosong dekat budak-budak? Supaya mereka tahu hidup ni banyak kekecewaan dan tak semua dapat macam yang kita nak!

“Kalau kantoi bini dua, benda apa first kau akan cakap kat bini nombor satu?

“Menantu yang kerja kerajaan, makan atas meja. Yang kerja swasta, makan atas tikar,” tulis lelaki itu menerusi beberapa posting.