Lelaki kantoi ‘lepas hajat’ depan bank

Lelaki kantoi ‘lepas hajat’ depan bank

 

TULAR di media sosial sejak Sabtu apabila seorang lelaki dirakam tidak ‘segan silu’ membuang air besar di tempat awam.

Berdasarkan perkongsian oleh pengguna Twitter, @mAAdJimi, kejadian tersebut berlaku di Sungai Petani, Kedah.

Video berdurasi 13 saat itu mendapat 45,200 tontonan ketika artikel ini ditulis.

Menjengah ruangan komen di media sosial, rata-rata warganet berseloroh tentang perlakuan individu berkenaan.

“Awat teruk sangat orang Sungai Petani ini. Apa nak jadi buang air besar merata,” kata pengguna Twitter, @Ezhar_At.

“Apa bendalah. Dekat Maybank Sungai Petani ada saja tandas.

“Boleh saja pergi dulu,” ujar seorang lagi pengguna Twitter, @nfishziqq.

Perlakuan individu itu disifatkan tidak elok kerana Malaysia memiliki fasiliti tandas yang banyak di merata tempat.

Majoriti sedang cuba mendapatkan kenyataan rasmi daripada pihak berkaitan berhubung kejadian itu.