Lelaki jumpa ‘makhluk kepala senget’ selepas pulang memancing cetus pertikaian ramai

Lelaki jumpa ‘makhluk kepala senget’ selepas pulang memancing cetus pertikaian ramai

 

Bagi sesetengah orang, memandu pada waktu malam memang sudah menjadi satu kebiasaan buat mereka. Namun, akan ada hari yang ‘kurang bernasib baik’ apabila mereka terserempak dengan benda-benda mistik.

Baru-baru ini seorang pengguna Facebook telah berkongsi pengalaman di mana dia berhadapan dengan ‘sesuatu’ yang sedang berdiri di dalam gelap semasa sedang melalui satu jalan selepas pulang daripada memancing seorang diri.

 

Ada “sesuatu” yang berdiri di tepi jalan, aku tak pasti apa?, kejadian baru tadi, ni aku otw balik dari memancing seorg diri… fikir nak uturn balik, tapi malas la, sebab minyak kereta dah nak habis…jalan ni memang sunyi sepi, boleh dikatakan sepanjang perjalanan, langsung tiada kenderaan lalu, tiada lampu jalan dan tiada penduduk…tapi, biar lah kt dia.. dia juga makhluk Allah.

Posted by Kay On on Wednesday, August 25, 2021

 

Pada awalnya lelaki ini berniat mahu patah balik semula untuk melihat ‘benda’ tersebut, namun dia membatalkan hasratnya setelah minyak keretanya sudah hampir habis.

Menurutnya lagi, jalan yang dia lalu ketika waktu itu memang sunyi sepi tanpa ada kenderaan lain, tiada lampu jalan bahkan tiada penduduk di kawasan persekitaran tersebut.

Video yang dikongsikan tersebut telah mendapat ribuan komen dan perkongsian daripada para netizen yang lain. Ramai yang berteka-teki memikirkan apakah ‘benda’ tersebut, adakah ianya manusia ataupun makhluk halus.

vocket-entiti-pelik-selepas-pulang-memancing-6

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK KAY ON

vocket-entiti-pelik-selepas-pulang-memancing-7

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK KAY ON

vocket-entiti-pelik-selepas-pulang-memancing-8

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK KAY ON

vocket-entiti-pelik-selepas-pulang-memancing-5

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK KAY ON

vocket-entiti-pelik-selepas-pulang-memancing-4

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK KAY ON

vocket-entiti-pelik-selepas-pulang-memancing-3

SUMBER GAMBAR: FACEBOOK KAY ON

Menurut lelaki ini, setelah berselisih dengan ‘benda’ itu kereta tayarnya pancit di kawasan jalan tersebut pada malam itu juga dan dia terus menggantikan tayar pancit itu dengan tayar spare untuk meneruskan perjalanan pulang.

Tambahnya lagi, jika ianya manusia bagaimana ‘dia’ boleh berjalan di dalam keadaan yang gelap gelita kerana langsung tiada lampu jalan di sepanjang jalan tersebut mahupun kawasan perumahan berhampiran di kawasan tersebut.

Hantaran video tersebut masih lagi menjadi perdebatan orang ramai ketika artikel ini ditulis. Bagi yang pernah berhadapan dengan situasi begini akan menyatakan ‘benda’ tersebut merupakan makhluk halus, manakala bagi yang mempercayai ‘hantu tidak mempunyai bayang-bayang’ akan mengatakan ‘benda’ itu cumalah orang yang tinggal di kawasan tersebut.

Sumber: Vocket