Lelaki ini tanya kenapa YB Adun Bota biarkan 10 perkara ini berlaku dalam Perak FC?

Lelaki ini tanya kenapa YB Adun Bota biarkan 10 perkara ini berlaku dalam Perak FC?

 

KENAPA YB MEMBIARKAN 10 PERKARA INI BERLAKU DALAM PERAK FC ?

1. Sehingga selepas perlawanan menentang UITM, dikhabarkan tunggakan gaji pemain kembali menghampiri 3 bulan tidak berbayar, bila pemain tanya bila? Jawapan yang diberikan “tak pasti lagi” tapi nak pasukan menang.

2. Kenapa tidak mengambil tindakan kepada import bodoh seperti Jad Noureddine yang masih mengelak untuk turun bermain dengan alasan cedera walau sebenarnya jelas kelihatan seperti dipaksa ejen untuk tidak turun bermain kerana tunggakan gaji belum dilunaskan.

3. Kenapa membiarkan ‘Core Player’ meninggalkan pasukan dengan langsung tak cuba memujuk mereka untuk kekal sekurang-kurangnya hingga hujung musim tetapi tiba2 berusaha pula memujuk Leandro & Careca untuk kembali dalam pasukan (sebenarnya tidak perlu malu untuk pujuk anak negeri untuk batalkan hasrat berhijrah kerana mereka anak Perak).

4. Bersetuju dengan keputusan bijak menandatangani 5 import bebal yang level nya jauh lebih teruk dari level pemain menjual perlawanan.

5. Kenapa tidak pernah memberi peluang lagenda seperti Khalid Jamlus menghampiri pasukan walau pun hanya hadir sebagai pembantu, adakah sesetengah pihak akan merasa terkesan jika Khalid Jamlus berada dalam pasukan?

6. Siapakah board of Directors dalam Perak FC? Kenapa tak di senaraikan untuk pengetahuan penyokong, Perak FC ini bukan pasukan yang diturun temurun kan dari keluarga kalian, pasukan ini milik rakyat, & rakyat ada hak tahu siapa yang telah dipilih kalian untuk menguruskannya.

7. Selaku Exco belia & sukan negeri, kenapa tidak pernah menasihati semua yang berjawatan dalam PAFA supaya ada rasa bertanggungjawab atas kegagalan pasukan ketika ini dengan tidak lagi bertanding dalam setiap kongres PAFA. Bila pasukan berhutang dengan banyak, tunggakan berbulan bulan, sign import bodoh ini petanda yang jelas bahawa yang berjawatan itu telah GAGAL & tidak berkemampuan.

8. Mengapa tidak memantau mutu kerja staf yang diarahkan untuk urusan proses pendaftaran 3 pemain tempatan yang dengan rela meninggalkan pasukan asal semata mata mahu bermain bersama Perak tapi gagal dalam urusan pendaftaran kerana kelalaian pihak2 tertentu. Jika ini tidak benar , kenapa takde sidang media untuk menjelaskannya.

9. Mengapa sehingga sekarang tidak ada individu diluar sana mahu membeli Perak FC? Adakah kerana ada pihak didalam yang meminta minta dalam perbincangan, atau Perak FC ketika ini sebenarnya sedang menanggung hutang ratusan juta yang membuatkan pembeli takut untuk membida ? Jika ini tidak benar, kenapa tak membuat penjelasan? Sedangkan Melaka yang tidak pernah menang Piala Malaysia pun sudah mempunyai pemilik.

10. Kenapa tidak pernah mendengar keluhan penyokong? Adakah yang berjawatan dalam Perak FC sedang dikelilingi penyokong yang setiap hari menjilat demi kepentingan diri sendiri?

JIKA PASUKAN JATUH KE LIGA PERDANA, KALIAN SEMUA AKAN DIKENANG SEBAGAI ANTARA LELAKI YANG PALING GAGAL DALAM HIDUP

šŸ™ Dengan Izin
šŸ’›šŸ’›šŸ’›

Sumber:Ā Silver Retro