Lelaki ini nekad pindah, berhajat habiskan sisa hidup beribadah di Tanah Suci selepas pemergian isteri tercinta

Hakikatnya penuaan merupakan satu proses yang sangat mencabar, lebih-lebih lagi apabila kesunyian dan sedih akibat tinggal berjauhan dengan anak-anak.
Keadaan itu menyebabkan golongan tersebut mudah terkena pelbagai masalah peribadi termasuk kemurungan. Justeru itu, ada yang memilih untuk ‘bersara’ dengan menumpukan sepenuh jiwa dan raga ke jalan Allah.
Senyuman ayah akan dirindui…pergi Mekah terus tinggal sana
Bukan sahaja menunaikan umrah, bapa kepada Leesa Ridzki nekad untuk terus berhijrah dan menetap terus di Tanah Suci. Menerusi perkongsian video, ayahnya diiringi oleh 4 anaknya, menantu serta cucu di lapangan terbang dalam suasana yang penuh emosi dan sebak.
Hal ini kerana secara tidak langsung, ia juga merupakan ‘perpisahan’ mereka sekeluarga susulan warga emas berkenaan memang tiada niat balik ke tanah air semula.
@leesaridzki212 Selamat tinggal ayah 😢
Ayah decide tinggal sana lepas pemergian mama…kami semua ikhlaskan untuk kebahagiaan dia
Menurut Leesa lagi, ayahnya mengambil keputusan tersebut selepas kehilangan isteri tercinta. Dia berhajat untuk habiskan sisa hidup dengan tujuan beribadah di Tanah Suci.
Meskipun berat, tapi keempat-empat anak anak sepakat untuk ikhlaskan jua pemergian si ayah demi kebahagiaan jiwanya. Sehingga kini, perkongsian video tersebut telah meraih lebih 2 juta tontonan setakat ini.
@leesaridzki212 Reply to @leesaridzki212 semoga terjawab segala persoalaan.. niat ayah sy memang nak hbskan sisa hidup beribadah dgn tenang kt sana.. ayah memang dah niat ble pergi, dye tak nak balik.. kami semua ikhlaskan utk kebahagiaan ayah 🥲
Jiwa & hati bila dah serah kepada Allah, tiada lagi cinta setanding itu…semoga dipermudahkan urusan kat sana
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak melihat babak perpisahan yang sangat menyentuh hati berkenaan. Walaupun seluruh ahli keluarga terkesan dengan perasaan rindu selepas ini, namun mereka sangat memahami bahawa keputusan itu adalah terbaik untuk pengisian jiwa dan bekalan akhirat bapa mereka.