Lelaki ini kata seperti dijangka tak perlu PH bersama kerajaan, jelas kerajaan ini akan gagal

Lelaki ini kata seperti dijangka tak perlu PH bersama kerajaan, jelas kerajaan ini akan gagal

 

Semalam bila aku menulis tentang Kerajaan Perpaduan, Aku dah tulis apa yg dihasratkan Tun Mahathir tahun lepas, Dan Kerajaan dan Kabinet Jokowi.. Ianya berbeza dgn tawaran Ismail sabri hari ini..dan jelas aku kata, Tak perlu pun PH bekerjasama dengan Kerajaan hari ini..ia tetap Kerajaan Khianat..Tu sebab aku tak teruja sangat dengan Perjanjian PH dan Ismail Sabri semalam..

Aku rasa, Kalau Sultan Perak, Sultan Nazrin baca laporan pembentukan Kabinet hari ni..dia pun tepuk dahi. Punya lah pelbagai pertemuan, Taklimat diberikan agar satu kerjasama, satu bayangan kerajaan campuran..Pembetukan Kerajaan yang Stabil.. Akhirnya Kerajaan hat ditubuhkan, Takda beza..Tetap takda kestabilan.. tetap kerajaan yg sama..

Tapi kita faham, Mengharapkan hanya kebijaksanaan Sultan Perak ianya mungkin kita akan kalah dengan realiti Politik Ashabiyah dalam Negara kita ini.. Sentimen perlunya Kerajaan Melayu Islam itu jauh lebih kuat dari slogan Islah yang dimahukan orang yang ada kebijaksanaan..

Sampai habis Raja Raja seluruh Negeri datang dalam keadaan Hujan.. Akhirnya Kerajaan hat ditubuhkan Sama saja.. Takda beza..Tapi itulah UMNO.. dari tahun lepas aku dah tulis rencana UMNO.. Tujuan depa, Hanya nak kan kuasa, Depa dah lama dalam Politik.. depa antara yang mudah mendapat Syafaat dari maha berkuasa..

Seperti aku tulis sebelum ni..kadang kadang aku menyampah jugak dengan pemimpin DAP ni..Terlebih ampu..Terlebih nak tunjuk keterbukaan.. Lebih lajak dari laju.. sama lah dengan Nga Kor Ming dan pemimpin Amanah di Perak terpana dengan idea Jajaran baru.. Akhirnya jadi alat UMNO .. yg untung UMNO dapat gunakan depa untuk jadi MB..

Tengok Najib, Walhal Kerajaan sama jer.. Ismail sabri tu ketuai MKN, Kabinet pun hampir sama.. Tetapi nada Politik sudah berubah, Sebab apa ? Kuasa sudah ada ditangan UMNO… Apa hasrat depa, Hanya kuasa untuk lepas dari Penjara..Puak UMNO ni mana mahu Islah atau Reform..Semua tu Bohong jer..

Mcm tu lah Najib game PAS dulu dengan tawaran RUU 355 sampai berjaya jinakkan ulama PAS dan Haji Hadi sebelum PRU 14.. UMNO bijak mengikut kehendak dan rentak lawan.. Macam Haji Hadi dan RUU 355.. Najib suruh bangun dia bangun..Najib suruh Tangguh, dia tangguh.. Dia ibarat Perjanjian US dan Taliban yang buat org Islam terpesona seolah olah datangnya Panji Hitam dan Imam Mahdi..Punya lah lekeh..

Kalau ada yang percaya Ismail Sabri itu nak Islah.. Bagi aku salah orang.. Orang hat cerdik sikit macam Khairy Jamaluddin pun tak boleh pakai..Apa lagi Ismail Sabri yang sebelum ini paling kuat mainkan sentimen kaum dan Agama.. Tu pun ada pemimpin DAP percaya hanya bila dia sebut slogan Keluarga Malaysia..

Kita Berpolitik boleh Matang..Boleh terbuka.. Tetapi tidak ada kompromi dengan Kerajaan yang Khianat.. Jadi nasihat aku, Seperti mana aku sebut sebelum ni Berfikir bagaimaa melawan Ashabiyah…Kita PH kalah dengan Ashabiyah..

dah disebut Rafizi baru baru ini.. Buat kerja bagaimana menembusi kawasan luar bandar, Tapi nak tembusi luar bandar, Pembangkang perlu bersatu.. Perlu ada kebijaksanaan.. Dan yang penting perlu lawan Ashabiyah..

Berhenti jadi alat UMNO..Dipergunakan UMNO.. Apakah tak serik dipermainkan UMNO di Perak dan dipersekutuan.. Bina kekuatan dan gagasan Pembangkang yang Progresif..tampilkan Politik Idea.. Jangan lagi bermain dengan pelbagai Move Politik..

Bagi aku Kerajaan hari ini tidak akan bertahan.. Mungkin tak sampai 18 Bulan seperti Kerajaan Mahiaddin.. Yang penting PH dan Gagasan pembangkang perlu bersama membina kekuatan.. Percayalah, Kerajaan hari ini akan gagal lebih teruk dari Kerajaan Mahiaddin..

Bab Kabinet kayu ni, Aku komen kemudian.. 🙂

Ipohmali

Sumber: Ahmad Muslim Badawi Badawi