Lelaki ini jelaskan kenapa founder NGO selalunya buka kedai

Lelaki ini jelaskan kenapa founder NGO selalunya buka kedai

 

KENAPA FOUNDER NGO SELALUNYA BUKA KEDAI?

Selalunya, selalunya dan selalunya, founder-founder NGO akan buka kedai bila NGO dia membesar. Perasan tak? Biasanya kedai-kedai macam kedai makan atau restoran, mini/hyper mart atau kedai runcit, kedai gadjet elektronik dan kedai alatan rumah.

Perasan tak? Kenapa? Korang pernah terfikir tak?

Cari posting semalam, aku ada re-produce balik posting lama aku.

Selain ambil fee 30% dan create gaji. Ada lagi cara lain. Iaitu cashout duit tru business atau supply.

  1. Kedai makan.

Founder-founder yang ada kedai makan akan sub job ini kepada kedai sendiri untuk masak dan hantar makanan. Macam-macam justifikasi boleh direka. Lebih senang dan cepat, etc. Tapi hakikatnya, kedai makan kau dapat job! Boleh cover bayar sewa, gaji staff dan opex.

Kau iklan siapa nak derma, nak infaq makanan. Then orang derma ke NGO kau. NGO kau order dekat kedai makan kau. Kau sebagai founder NGO, order makanan dekat kau sebagai owner kedai makan. Faham?

Takpa, aku bagi contoh. Nik Izwan Kamel (NIK) founder NGO, dia juga owner kedai makan. Kedai makan dia sendu. Tapi sales setiap bulan ada daripada NGO dia. So, NIK founder NGO, call NIK kedai makan order makanan untuk NGO dia. NIK NGO bayar dekat NIK kedai makan. Clear?

  1. Kedai hyper/mini mart.

Kalau kedai diorang ni nak lawan 99 market, Mydin, atau 7e memang mustahil. Tapi takpa. Duit derma banyak dalam NGO. Duit NGO beli barang dari kedai founder NGO. So, takyah pening-pening. Setiap kali bantuan diperlukan, founder NGO order dekat owner kedai, founder NGO bayar dekat owner kedai. Berlori-lori barang dari kedai tu dihantar untuk memberi bantuan. Cukuplah sales kedai tu untuk bulan itu. Or mungkin lebih.

Owner kedai dan founder ialah orang yang sama. Nama dia Aliff Ahmad (Aliff). Maka, Aliff order dekat Aliff , NGO Aliff bayar dekat kedai Aliff. Kedai Aliff hantar barang, NGO Aliff tolong distribute. Aliff buat content, Aliff jadi hero. Aliff dapat untung, Aliff jadi kaya. Aliff belikan supercar untuk bini dia. Aliff jalan-jalan oversea naik first class flight.

Masa nak buat laporan kewangan, Aliff bagi receipt dekat Aliff, Aliff juga yang sign luluskan. Aliff juga submit ke ROS. So, Aliff kaya, Aliff baik, Allah sayang Aliff.

  1. Kedai gadjet pula?

Nak contoh juga ke? Korang tulis la sendiri. Ini bantuan anak sekolah, banjir, masuk asrama, gadjet kan sangat diperlukan. Drama dia sama je. Kau sendiri kutip derma, kau beli dekat kedai kau. Kedai kau dapat untung. Pastu masa nak buat laporan, kau sesama kau saja bincang. Tolak siap-siap 30% kau dah tap untuk management fee. Baru staff kau boleh pakai Ducati.

Dah faham?

Kalau dah faham, bagus.

Dunia ni tipu-tipu, so jangan kena tipu dengan drama air mata, tunggang dan jual agama, tunggang dan jual kisah-kisah kemanusian. Itu semua untuk diorang jadi kaya, hidup senang. Tapi kalau korang redha, ok je..

Aliff Ahmad