Lelaki ini harap kebijaksanaan Sultan Nazrin, tak salah beri peluang kepada Anwar

Lelaki ini harap kebijaksanaan Sultan Nazrin, tak salah beri peluang kepada Anwar

 

1- Petang tadi baca laporan berita, Aku berasa lega dlaporkan perbincangan petang tadi bukan saja melibatkan YDP Agong, Tetapi Timbalan YDP Agong , Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.. Keterlibatan Sultan Perak yang bijaksana diharap akan membuka ruang kepada pemimpin PH dilantik sebagai PM..

2- Sebelum ini aku dah menulis, Ada beberapa laras bahasa Undang Undang dari warkah YDP Agong teradap pentadbiran Mahiaddin, dan berlaku serangan kepada Penasihat Sultan Perak dari Kerajaan sebelum ini….Seakan ada yang tak kena.. Mungkin hari ini ia seakan terjawab..

3- Apapun bagi aku, UMNO sedang rancak meletakkan calonnya sebagai calon Perdana Menteri.. Calon mereka Ismail sabri terbukti Gagal..Bagi UMNO, GPS dan PAS didalam tangan mereka.. Bagi aku macam manapun UMNO ini tidak boleh dipercayai..dan aku berharap, Ada penyelesaian dikalangan pemimpin PH dan gabungan Pembangkang memilih muafakat memilih seorang calon Perdana Menteri..

4- Dalam keadaan krisis Pandemik dan Ekonomi hari ini..Tidak salah sekiranya semua pemimpin parti berjiwa besar bersama Kerajaan PH yang dipilih rakyat dalam PRU 14, dan tak salah Ds Anwar memimpin Malaysia.. Bagi aku inilah masanya..Boleh jadi gabungan semenanjung dan Borneo diterjemahkan dalam Kerajaan akan datang..

5- Apapun kita perlu akur dengan Politik Ashabiyah dalam Negara kita hari ini.. Kalau ikutkan takrif Kerajaan Minoriti sebelum Mahaiddin dilantik pun, bagi aku pemimpin dan calon PH lah yang layak dipilih memandang PH adalah gabungan yang kukuh dan rasmi dalam mana mana gabungan d Malaysia.. Tapi itulah Malaysia.. dalam waktu yang sama aku takda masalah dengan pemimpin yang lain selain kelompok Kelptokrat..

6- Bagi aku Sultan Perak sudah berjaya mencadangkan model apa yang berlaku di Perak iaitu atas teras parti gabungan terbesar.. Terpulang lah kepada kebijaksanaan semua MP berfikir pemimpin yang diperlukan ketika ini untuk menyelamatkan Negara dan Rakyat dari krisis Kesihatan dan Ekonomi.. ketepikan lah semua kepentingan Peribadi dan Politik demi Negara..

7- Apapun aku doakan terbaik buat Negara..Semoga Pemimpin yang dipilih akan berperanan seperti Nabi Yusuf yang beraya menyelamatkan bumi Mesir dari krisis kemarau.. Amanah dan urusan negara ini perlu di serah kan keapada yg berhak, Sebagaimana kata Nabi Yusuf kepada Raja Mesir..

قَالَ اجْعَلْنِي عَلَىٰ خَزَائِنِ الْأَرْضِ ۖ إِنِّي حَفِيظٌ عَلِيمٌ..

Berkata Nabi Yusuf: “Jadikanlah aku bendaharawan negara (Mesir)..sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga, lagi berpengetahuan”

(Surah Yusuf – ayat 55)

Ipohmali

Sumber: Ahmad Muslim Badawi Badawi