Lelaki ini dianggap ‘hero’, tanam 30 juta anak pokok, berjaya ubah tanah tandus jadi hutan

Lelaki ini dianggap ‘hero’, tanam 30 juta anak pokok, berjaya ubah tanah tandus jadi hutan

 

Seorang pesara pegawai perhutanan di Turki, Hikmet Kaya dipuji disebabkan jasanya yang berjaya memenuhkan pokok-pokok di kawasan bukit yang tandus. Ianya kini menjadi sebuah oasis hijau yang mempunyai berjuta-juta pokok.

Memetik kenyataan Oddity Central, sepanjang tempoh beliau berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Operasi Perhutanan di daerah Boyabat Sinop, beliau hanya menumpukan perhatian menanam pokok di bukit tandus tersebut.

“Beliau telah tanam sebanyak 25 juta anak pokok dan berjaya menukarkan bukit tandus itu kepada oasis hijau.

“Beliau mula bekerja pada tahun 1978 dan penanaman pokok di bukit tandus itu adalah bertujuan untuk kegunaan haiwan dan juga manusia,” tulis Oddity Central.

Menurut Oddity Central lagi, walapun telah bersara pada tahun 2002 dahulu, namun beliau tetap meneruskan usahanya itu sehinggalah dianggap sebagai ‘wira tempatan’ pada hari ini.

Tular pula baru-baru ini, beliau telah dijemput ke Sinop untuk meraikan karya beliau yang hebat itu.

Gambar beliau yang sedang memegang frame menjadi tular di saluran media Turki. Hal tersebut kerana beliau telah membawa perubahan yang besar pada negara tersebut.

“Transformasi kawasan tersebut menjadi sebuah hutan adalah kebanggaan buat saya.

“Selepas bertahun-tahun, kita telah memastikan daerah kita mempunyai aset hutan yang banyak berbanding dulu dan ia adalah satu perasaan yang menakjubkan,” katanya kepada media tempatan.

Meskipun tidak ada yang ingat bagaimana rupa kawasan tersebut ketika Hikmet melakukan hal itu beberapa dekad yang lalu, perkara yang perlu diingati adalah beliau telah berjaya menenam sebanyak 30 juta anak pokok sepanjang perkhidmatannya.

Imej yang dirakam sebelum dan selepas kawasan itu membuktikan betapa besarnya jumlah tersebut.

“Menjaga kelestarian hutan adalah tanggungjawab semua manusia,” luah beliau ketika ditanya tentang masa depan.

Kisah pencapaian Hikmet mengingatkan orang ramai kepada seoarang lagi yang telah menghidupkan semula hutan hujan subtropika atau Ma Sanxio di Brazil, iaitu Sebastião Ribeiro Salgado.

Turut sama yang menjadi hero hutan di India ialah seorang wanita bernama Vigilantes yang melindungi belantara di negara itu selama lebih 20 tahun.