Lelaki ini dedah sisi gelap bufet Ramadan – “Kalau bayar lebih RM60, awak dah kena scam”

Lelaki ini dedah sisi gelap bufet Ramadan – “Kalau bayar lebih RM60, awak dah kena scam”

 

Setibanya bulan Ramadan, banyak restoran dan juga hotel akan menawarkan pakej bufet berbuka puasa  unlimited  bergantung kepada harga tertentu.

Semakin mahal harga per/kepala, semakin mewahlah kepelbagaian hidangan yang akan disajikan kepada pelanggan.

Namun persoalannya, adakah ia benar-benar berbaloi ataupun sekadar promosi untuk mengaut keuntungan semata-mata?

Seorang pengurus bidang F&B, Tuan Saify Akhtar menerusi TikToknya tampil mendedahkan realiti sebenar mengenai pakej bufet berbuka puasa yang mungkin dianggap berbaloi oleh ramai orang.

Walaupun banyak makanan mahal yang diletakkan di meja hidangan, majoriti pelanggan akan mula berbuka dengan makanan karbohidrat tinggi dan minuman manis menyebabkan mereka cepat kenyang.

Perut penuh menyebabkan rata-rata orang hanya mampu makan hidangan utama dalam kuantiti yang sedikit.

Baik di hotel 5 bintang sekalipun, konsep bufet Ramadan ini sebenarnya tiada beza dengan yang pakej-pakej  berharga murah.

Tambah Tuan Saify lagi, tawaran bufet melebihi harga RM60 ibarat menjadi satu scam padahal kualiti hidangan yang disediakan oleh setiap restoran adalah sama sahaja.

Dia kemudiannya turut menyentuh tentang isu pembaziran makanan melampau yang berlaku di Malaysia akibat bufet seperti ini.

Sepanjang bulan Ramadan, pihak pengusaha dikatakan mampu mengaut keuntungan berlipat kali ganda melalui  trick  bufet seperti ini.

Para pelanggan mungkin merasa berbaloi kerana boleh menambah makanan secara unlimited, hakikatnya semua itu hanyalah satu pembaziran duit.

Justeru, Tuan Saify berpendapat lebih baik berbuka puasa dengan makanan berkonsep ala-carte. Bukan sahaja murah dan berbaloi, malahan layanan yang lebih selesa.

@saify.akhtar

Bro, kalau you bayar more than RM60 for Ramadan Buffet, you dah kena scam! It’s all about quantity, bukan quality tau. Sini I share to all of you about the darkside of Ramadan Buffet. If you nak sangat makan buffet, tunggu bos or your client jemput, then baru you pergi. Correct or not? #Buffet #BukaPuasa #Puasa #Ramadan #KLFoodie #ResipiMudah #ResipiBuka #Foodie #BuffetPuasa #BuffetTerbesar #MenuViral #MalaysiaFoodie #ResipiSimple

♬ original sound – Saify Akhtar – Saify Akhtar