Lelaki ini dedah lakaran muka penyihir Ustaz Kazim beserta jin peliharaan?

Lelaki ini dedah lakaran muka penyihir Ustaz Kazim beserta jin peliharaan?

 

Jika anda mengikuti perkembangan semasa penceramah terkenal Ustaz Kazim Elias, pasti anda tahu akan situasi semasa yang dihadapi oleh individu ini.

Baru-baru ini, Ustaz Kazim ada mendedahkan beliau sudah lama menghidapi sakit misteri dan mengesyaki ini adalah perbuatan individu yang kurang senang dengan dirinya. Jelas beliau, sakit tersebut adalah kesan disihir oleh individu tertentu.

Lakaran sosok yang menyihir

Terpanggil untuk membantu Ustaz Kazim, seorang individu yang digelar sebagai Ustaz Neo ada membuat satu pendedahan dalam satu video berkenaan orang yang menyihir Ustaz Kazim.

Dalam video tersebut, individu ini mendakwa terdapat empat sosok berbeza yang menyihir Ustaz Kazim dengan cara yang berbeza.

Ustaz Neo telah mendedahkan empat orang penyihir ustaz Kazem dan sihir yang digunakan mereka untuk menyakiti beliau.

Pertama seorang wanita yang menghantar sihir dan belaannya iaitu pocong bermata hijau.

Kedua, seorang lelaki yang imejnya seperti seorang ustaz dan barang-barang sihirnya iaitu jarum, rambut dan tisu peluh mangsa.

Ketiga, seorang bomoh lelaki dari Indonesia bersama jin suruhannya merupakan lembaga hitam bertanduk.

Keempat merupakan bomoh lelaki orang asli yang menghantar belaannya berupa katak puru dan harimau.

@official_neopawangdiraja

Reply to @thr_lina_sor Lakaran Sosok Sihir Ust Kazim? Waallahuaklam..😔

♬ original sound – NeoPawangDiraja – NeoPawangDiraja

Tiada niat tuduh sesiapa

Jelas individu ini, dia tidak mengenali mana-mana individu yang dilakarnya dan tidak berniat untuk menuduh mana-mana pihak.

“Lakaran yang saya kongsikan tadi adalah sebuah lakaran-lakaran ghaib yang terhasil daripada gerak yang Maha Kuasa”, jelas individu ini.

Di akhir video, individu ini menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan sesiapapun, termasuk dengan mereka yang berpewatakan alim.