Lelaki ini buat projek curi motosikal waktu orang solat Subuh, sempat lagi berbual sebelum curi motosikal di masjid

Lelaki ini buat projek curi motosikal waktu orang solat Subuh, sempat lagi berbual sebelum curi motosikal di masjid

 

Tular di media sosial aksi tiga lelaki mencuri motosikal di Masjid Babutaqwa, Lubuk Pakam, Kabupaten Deli Serdang, Sumatera Utara, Indonesia pada Isnin.

Dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV), pemilik motosikal itu terlebih dulu meletakkan kenderaannya di parkir masjid bagi menunaikan solat Subuh.

Begitupun tak lama kemudian, salah seorang suspek yang bertopi bergegas masuk ke arah masjid.

 

Rakaman turut menunjukkan gelagat suspek meninjau keadaan sekeliling bagi memastikan tiada orang memerhatikan kegiatan mereka.

Setelah kawasan itu lengang, pelaku terus menarik keluar sebuah motosikal dari tempat letak motosikal dengan berpura-pura seolah dia pemilik sebenar motosikal itu.

Malah, kegiatan kecurian itu dikawal oleh dua orang rakan subahatnya yang menunggu di atas motosikal di luar masjid.

Bagaimanapun, pelaku dilihat berjaya melarikan motosikal itu bersama dua rakan jenayahnya.

Rakaman turut menunjukkan, ketiga-tiga suspek sempat berborak sebentar di luar masjid sebelum berlalu meninggalkan kawasan itu.

Setakat berita ini ditulis, tiada kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung isu ini.