Lelaki ini ‘balun’ Tuan Ibrahim buat umrah ketika banjir besar

Lelaki ini ‘balun’ Tuan Ibrahim buat umrah ketika banjir besar

 

MAKA BENARLAH, TUAN IBRAHIM BUAT UMRAH TIME BANJIR? ULAMA YANG TAK AMANAH..

Aku bukan penyokong si Ustaz Abu Syafiq. Aku tak kisah sangat soal siapa dah di techseene atau tidak. Tapi aku ucap tahniah pada Abu Syafiq kerana berjaya mengumpan Syarikat pengendali Haji Umrah mengesahkan pemergian si Menteri Alam sekitar, Tuan Ibrahim buat Umrah time banjir mula mula berlaku.

Sebelum ini desas desus di media sosial yang dakwa Tuan Ibrahim dah tahu ada banjir besar. Dia menteri yang paling penting dalam soal perparitan, saliran hilang entah kemana. Aku sendiri ada lihat video kuliah Tuan Ibrahim pada pagi 18hb. Maksudnya dia masih berada di Malaysia, hari yang banjir besar dah berlaku.

Timbul persoalan, bila Tuan Ibrahim pergi Umrah? Selama ini, aku pun husnudzon. Mungkin kuliah tu rakaman disiarkan semula. Bila disahkan melalui laporan akhbar pemergian Tuan Ibrahim pada 19hb, ini yang buat aku marah. Maksudnya time ramai orang duduk atas bumbung tunggu bantuan, relax dia pergi Umrah. Takda hati perut punya Menteri.

Berapa lama Syarikat haji Umrah, Multaqa al-Iman Travel Sdn Bhd, Kerajaan Malaysia, hatta Kementerian Tuan Ibrahim cuba menutup kisah Umrah Tuan Ibrahim yang hilang kelibatnya time banjir besar.

Akhirnya apa yang aku nak tahu, segalanya terjawab. Rupanya Tuan Ibrahim pergi Umrah waktu banjir besar sudah diketahui pada 19 Disember. Ini disahkan Syarikat Travel. Malah dikatakan rombongan Tuan Ibrahim 26 orang. Apakah termasuk ahli keluarga dia? Kalau benar, maka tak guna punya Ulama dan Menteri.

Maksudnya Kerajaan dan Tuan Ibrahim tidak jujur dan penipu. Kalau pergi, cakaplah pergi Umrah time banjir besar. Tak perlu acah acah kononnya tak keluar rumah, takda kelibat Tuan Ibrahim bukan sebab pergi Umrah. Kononnya dijangkiti positif Coberd-19.

Maknanya, Tuan Ibrahim balik ke Malaysia, balik dengan membawa balik Virus Cobeed dan keluarganya dikatakan turut Positif. Inilah sikap Ulama yang tak amanah. Sudah lah tak amanah, kuat pulak membohong. Kurang kurang MP Amanah hat didakwa berada di Iran, pulang. Dah dia pergi kesana sebelum 18hb.

Aku masih ingat kata Sheikh Ramadhan Al Bhuti hatta dalam Ibadah Haji. Lebih diutamakan amanah ditempat sendiri hatta tugas dan amanah itu hanya mengajar anak murid atau memberi kuliah di Masjid. Maksudnya ditunaikan amanah sebelum berangkat haji. Walhal ibadah Haji lebih besar dari Umrah. Ini jauh lebih teruk, time rakyat mati lemas, duduk atas bumbung, relax jer depa ramai ramai pergi Umrah. Sekali lagi aku kata, tak guna punya Ulama’. Sembang agama jer pandai.

Apapun betullah kata dan dialog dalam filem P ramlee. Sikap Melayu tetap percayakan si Lebai hanya kerana dia berlebai. Seperti dialog dalam filem P Ramlee:

“Takkan Lebai nak menipu..!!”

Ipohmali