Lelaki ikut cakap mak ceraikan isteri bersalin czer, dianggap bukan wanita sejati

Lelaki ikut cakap mak ceraikan isteri bersalin czer, dianggap bukan wanita sejati

 

Orang kata kalau kahwin dengan ‘anak mak’ ni red flag? Taktau lah kan tapi kisah yang nak diceritakan ini memang boleh dijadikan pengajaran.

Seorang wanita yang pada awalnya bahagia dengan rumah tangga dibina tiba-tiba diceraikan oleh suaminya disebabkan campur tangan ibu mentua.

Menurut perkongsian yang tular, si suami dikatakan sangat baik dan menjaga kebajikan wanita tersebut namun dalam diam si ibu cemburu pula. Lelaki itu sebenarnya adalah anak tunggal.

Dia mula berasa cemburu kerana menantunya itu memegang semua duit gaji anak lelaki berkenaan dan disebabkan hal tersebut, dia sering ke rumah mereka untuk ‘mencari pasal’.

duit

Ada sahaja yang dijadikan isu antaranya menantu tidak memasak atau lambat mengangkat kain yang dijemur di luar rumah, semua serba serbi tak kena.

Sehingga pada satu fasa di mana menantu itu mengandung dan akhirnya selamat melahirkan cucu pertamanya namun kerana cemburu menguasai diri, dia menghasut anaknya pula.

Difahamkan, menantu itu terpaksa melahirkan anak melalui pembedahan disebabkan komplikasi dan apabila pulang dari hospital, dia disindir dan dihina pula kerana tidak beranak secara normal.

Lebih busuk hati, si ibu perlahan-lahan ‘mencucuk’ dan menghasut anaknya untuk melafazkan talak kepada si isteri dan akhirnya perkara itu berlaku tidak sampai sebulan selepas melahirkan anak.

Yang namanya perempuan, kalau bersalin kena secara normal. Kalau kau beranak czer, maknanya kau belum jadi perempuan sejati, Habiskan duit anak aku je.

@erinagustinaa

Anak belum sebulan melahirkan eh udah di cerai apa maksud 😭😩 #storytime #fakeconversation⚠️ #fakesituation⚠️ #noerabyreisha

♬ original sound – Erin 🦋 – Erin 🦋

Menerusi ruangan komen, ramai yang berkongsi tentang pengalaman bersalin tidak kira normal atau pembedahan dan sesetengah wanita menceritakan kisah ibu mentua mereka.