Lelaki hina wajah anak sulung Caprice tampil bersemuka, melutut minta maaf depan Farra Inalis

Lelaki hina wajah anak sulung Caprice tampil bersemuka, melutut minta maaf depan Farra Inalis

 

Tindakan seorang lelaki muda melemparkan kata-kata yang tidak sewajarnya kepada anak pasangan selebriti di media sosial, mengundang padah.

Semalam, penyanyi rap, Caprice atau nama sebenar Ariz Ramli, menyiarkan gambar lelaki terbabit dan memintanya datang bersemuka untuk menyelesaikan ‘kebiadabannya’ itu.

Lelaki yang dikenali sebagai Irfan itu terdahulu memuat naik kenyataan, “Koyak lak kau botak. Memang muka anak kau macam bab#. Nak buat macam mana. Hahahaha. Ingat anak kau cantik ke si#l. Macam terung kepala anj#ng je anak kau,” tulisnya.

Anak muda berasal dari Johor itu turut melabelkan anak pasangan itu sebagai ‘dajjal kecil’.

Bagaimanapun baru sebentar tadi, Caprice menerusi Instagramnya memaklumkan masalah tersebut sudah berjaya diselesaikan secara baik.

Caprice turut membawa Irfan berjumpa dengan isterinya, Farra Inalis, untuk memohon maaf secara bersemuka.

“Apa masalah kau sebenarnya ni, kau gila ke betul (waras)? Kau betul, tak gila? Apa masalah kau maki-maki anak aku? Kau umur berapa sekarang? Baru 23 dah nak buat perangai macam sampah di luar sana.

“Kau patut bersyukur kau berjumpa dengan Caprice. Kau patut bersyukur sebab Caprice boleh handle aku sekarang ni. Kau nak minta maaf dengan aku, kau ikut cara aku. Aku nak kau melutut minta maaf kat aku dengan anak aku,” kata Farra.

Namun, lelaki itu dipercayai enggan berbuat demikian dan mengundang kemarahan Farra.

“Kau maki anak aku boleh pulak?! Kau buat apa yang aku nak, itu je!” tegas Farra.

Enggan memanjangkan masalah, Irfan akur dan melutut memohon maaf kepada dua beranak itu serta berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya itu.

Caprice kemudian membawa Irfan ke masjid berhampiran untuk menyelesaikan masalah tersebut. Caprice juga memberi sedikit wang sedekah kepada ibu Irfan sebelum masing-masing beredar.

Untuk rekod, Caprice mendirikan rumah tangga bersama Farra Inalis pada November 2021.

Kini perkahwinan mereka diserikan dengan cahaya mata lelaki yang dilahirkan 17 Mac lalu.

Farra juga mempunyai seorang anak perempuan hasil perkahwinan terdahulu.