Lelaki gagal bawa ‘lari’ murid tadika sebab tak tahu nama ibu

Lelaki gagal bawa ‘lari’ murid tadika sebab tak tahu nama ibu

 

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai kisah seorang lelaki disyaki datang ke sebuah tadika untuk menjemput seorang murid namun gagal kerana tidak tahu nama ibu kanak-kanak itu.

Individu datang nak jemput murid

Memetik laporan Kosmo, kejadian tersebut dipercayai berlaku di daerah Pontian. Ketika kejadian, seorang lelaki tempatan yang menaiki kereta jenis Perodua Kancil telah datang ke tadika berkenaan sebelum meminta kebenaran kepada si guru untuk menjemput seorang murid.

Namun pada ketika itu, murid berkenaan tiada di tadika dan guru yang berusia 30 tahun itu bertanya beberapa soalan kepada individu terbabit termasuklah nama ibu murid itu dan siapakah yang mengarahkannya untuk menjemput kanak-kanak terbabit. Namun dia gagal memberikan penjelasan.

Tak tahu nama ibu kanak-kanak

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pontian iaitu Superintendan Mohammad Shofee Tayib mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian itu tetapi kes diklasfikasi sebagai tiada tindakan lanjut.

Polis juga menafikan tindakan itu ada kaitan dengan cubaan menculik memandangkan pengadu tidak dapat memberikan maklumat serta penjelasan yang terperinci mengenai kejadian. Tambahnya, sekiranya perkara itu berulang, guru tersebut perlu mendapatkan identiti, pengecaman wajah dan mencatat nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan supaya siasatan boleh dilakukan.

Dalam masa sama, cuba melengah-lengahkan keadaan dan menghubungi Balai Polis berhampiran. Jika cubaan menculik, kejadian itu berjaya dipatahkan ketika kanak-kanak tersebut dibawa lari, tetapi dalam kes ini kita pun tidak tahu apa motif sebenar lelaki tersebut.

Sikap bertanggungjawab guru tadika berkenaan yang tidak membenarkan mana-mana individu tidak dikenali mengambil kanak-kanak di bawah jagaannya wajar dipuji.