Lelaki ditahan lempar & koyak helaian kitab suci Al-Quran

Lelaki ditahan lempar & koyak helaian kitab suci Al-Quran

Memetik laporan Bernama, seorang lelaki berusia 37 tahun di Jempol, Negeri Sembilan telah ditahan polis kerana dia disyaki telah melempar dan mengoyakkan helaian muka surat kitab suci umat Islam iaitu al-Quran baru-baru ini.

Menurut pihak polis Daerah Jempol, lelaki itu ditangkap selepas tiga laporan polis telah dibuat tentang kejadian merosakkan al-Quran tersebut.

6 2

Difahamkan, seorang wanita telah membuat laporan polis bahawa dia ternampak lelaki tersebut telah melemparkan helaian kitab suci umat Islam yang telah dikoyakkan di tepi jalan.

Menurut pihak polis lagi, lelaki tersebut telah disahkan positif dadah setelah suspek diarahkan menjalani ujian saringan air kencing.

7 1

Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 298A dan 427 Kanun Keseksaan.