Lelaki didenda ternak ayam di kawasan perumahan

Lelaki didenda ternak ayam di kawasan perumahan

Sebuah rumah di Kuantan, Pahang diserbu pihak Majlis Pembandaran Kuantan (MPK) selepas didapati menternak ayam di kawasan perumahan.

Pihak berkuasa menerima aduan daripada jiran tetangga yang memaklumkan pemilik kediaman menjadikan laman tepi rumah mereka sebagai kawasan penternakan ayam.

Ternak ayam di kawasan perumahan

Operasi dilaksanakan atas aduan orang ramai terhadap penduduk di Perumahan Bandar Putra yang menternak ayam dalam kawasan perumahan. Memelihara atau menternak di kawasan perumahan merupakan satu kesalahan kerana melibatkan kesihatan awam dan kebersihan.

Menurut Majlis Bandaraya Kuantan, menternak binatang seperti ayam atau itik di halaman rumah adalah tidak dibenarkan memandangkan ianya boleh melibatkan kesihatan awam dan kebersihan.

Boleh bayangkan bagaimana penduduk terpaksa menghidu bau busuk dan lalat kerana tindakan tidak sensitif kepada jiran tetangga itu. KRT perlu memainkan peranan lebih besar memberi maklumat kepada MPK sekiranya terdapat aktiviti sebegini di kawasan perumahan dan menjadi komuniti bandaraya yang prihatin.

Dalam foto dikongsikan, kelihatan pemilik rumah berkenaan mendirikan reban ayam yang agak besar memandangkan kawasan tepi rumahnya yang luas.

Dalam serbuan itu, pihak Majlis Pembandaran Kuantan (MPK) telah menangkap beberapa ekor ayam yang dipelihara oleh pemilik kediaman tersebut.

Dah macam kat kampung

Rata-rata di ruangan komen tidak setuju dengan tindakan tersebut yang dilihat sangat pentingkan diri sendiri. Tak kurang juga yang merasakan rumah berkenaan seperti berada di kampung.

Sumber: OB, Majlis Bandaraya Kuantan