Lelaki buat konten pergi mahkamah untuk lafaz cerai, netizen kritik kemaruk publisiti
Seorang lelaki telah menuai kritikan daripada netizen kerana membuat satu vlog tentang dirinya ke mahkamah untuk melafazkan talak.
Menerusi video itu lelaki tersebut telah menunjukkan dirinya bangun pagi dan termenung seketika. Sebelum dia mencapai tuala dan mandi.0
Dia kemudian menunjukkan dirinya bersiap dengan baju yang sesuai mengikut peraturan ditetapkan mahkamah.
Ramai netizen menuduh lelaki itu sebagai gila viral dan gilakan perhatian. Hal ini kerana penceraian adalah bukan perkara yang main main. Ianya perkara yang serius di dalam kehidupan.
Kemudian mereka mempersoalkan apa tujuan lelaki itu membuat konten tersebut?
Mana tidaknya, dia menyatakan dia tidak ada mood namun masih menulis bahawa dia harus kelihatan kacak di hadapan isterinya.
Ada juga yang kehairan dengan kegagahan semangatnya untuk meletakkan kamera di tepi katil dan kemudian merakamkan dirinya sedangkan pada hari itu dia akan menempuhi proses penceraian dengan isterinya.
“Nampak macam dahagakan content [bercerai pun nak buat vlog], tapi mungkin itu coping mechanism dia. Dia lalui journey yang tak semua orang lalui. Mudah-mudahan sesiapa yg berkahwin dikurniakan kekuatan, kesetiaan dan kesefahaman agar diberkati Allah s.w.t.”
Selain itu ada yang kehairanan bagaimana dia boleh ada anak pada usia perkahwinan baru 7 bulan. Lelaki itu menjawab bahawa dia sebenarnya berkahwin dengan wanita yang
Lelaki itu kemudian menjelaskan bahawa dia sebenarnya mengahwini wanita tersebut selepas dia habis pantang bersalin anak bersama suami terdahulu.
Tidak kurang yang mengecam lelaki itu yang dikatakan memang gilakan views di media sosial.
Mesti ada hikmah berpisah dengan cara yang baik,
semoga brother dapat jumpa jodoh yang baik & dipermudahkan urusan أمين
📹 : khairulkenit pic.twitter.com/DIwNhAFhKH
— ًِ (@bckupacc99) January 26, 2024
Walaubagaimanapun ada juga meminta agar netizen mendalami terlebih dahulu isi konten yang cuba disampaikan.
Dan mereka menganggap lelaki itu membuat vlog sebagai catatan peribadinya untuk dikongsikan dengan orang lain tentang apa yang dia sedang lalui.