Lelaki bertindak larikan MPV polis di Taiping

Lelaki bertindak larikan MPV polis di Taiping

Seorang lelaki bertindak gila melarikan sebuah kenderaan peronda (MPV) milik ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping sebelum ditahan di sekatan jalan raya (SJR) Taiping Utara, berhampiran susur masuk Tol Kamunting, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, suspek berjaya ditahan pada jam 7.48 pagi selepas 20 minit ‘bergaya’ dengan kenderaan itu.

Menurutnya, dalam kejadian 7.28 pagi itu, suspek dikatakan memasuki kawasan parkir IPD Taiping dengan menaiki kereta jenis Ford Fiesta dan meninggalkan kenderaannya sebelum melarikan MPV polis yang diparkir di kawasan khas.

“Selepas meninggalkan kenderaannya, suspek berusia 30 tahun yang berasal dari Selama, bertindak berani melarikan kenderaan milik polis yang di ruangan parkir MPV.

“Tidak sampai setengah jam berbuat demikian suspek berjaya ditahan bersama kenderaan yang dilarikan di SJR Taiping Utara iaitu di susur masuk Tol Kamunting.

“Suspek kini dibawa ke IPD Taiping untuk tindakan lanjut,” katanya dihubungi hari ini.

Menurutnya, pihaknya masih lagi menjalankan siasatan secara menyeluruh berhubung tindakan suspek berbuat demikian.

Sumber: Harian Metro