Lekukan Tropika bergerak hampiri utara Semenanjung, boleh menyebabkan banjir di 4 negeri utara

Lekukan Tropika bergerak hampiri utara Semenanjung, boleh menyebabkan banjir di 4 negeri utara

 

Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan bahawa terdapat Lekukan Tropika yang dikesan dicerap di perairan utara Sumatera sedang bergerak ke arah timur menghampiri utara Semenanjung.

Ekoran daripada itu, negeri-negeri di utara Semenanjung diramalkan bakal dibadai cuaca hujan secara berterusan serta angin kencang yang mampu untuk menyebabkan banjir di kawasan yang berkedudukan rendah.

Sehubungan dengan itu, Met Malaysia telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) berkuat kuasa sehingga 21 Disember 2021 (Selasa) yang melibatkan kawasan di negeri seperti berikut:

-Perlis

-Kedah

-Pulau Pinang

-Perak (Kerian & Larut, Matang dan Selama).

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dengan cuaca buruk yang melanda negara pada ketika ini khususnya bagi mereka yang berada berdekatan dengan kawasan yang tersenarai.