“Lekaih la tulung” – ‘Usus tersangkut’, nenek penanggal merintih minta tolong dalam loghat Kedah

“Lekaih la tulung” – ‘Usus tersangkut’, nenek penanggal merintih minta tolong dalam loghat Kedah

 

Tular satu klip video seram menjadi tanda tanya netizen apabila ada objek dipercayai penanggal meminta tolong daripada seorang lelaki yang merakam situasi tersebut.

Menerusi video dimuat naik akaun X.com @mrcreepyposta, entiti itu terbaring di hadapan rumah dan seperti ‘tersangkut’ tidak boleh terbang ke udara.

Suaranya seperti seorang nenek, merintih sekuat-kuat hati meminta pertolongan.

 

“Tolong, Tolong! Adik, lekaih laa tolong kami (cepatlah tolong saya)!” ujar entiti tersebut.

Dengan imej kualiti yang kabur-kabur. Ramai netizen mempersoalkan ketulenan video tersebut.

Bagaimanapun, ada netizen mempercayai video tersebut adalah asli kerana mereka pernah berhadapan situasi tersebut sebelum ini.

Menurut salah seorang netizen, makhluk halus itu akan menggunakan suara manusia, merintih dan meraung meminta simpati manusia yang ada berhampiran.

Dalam pada itu, ramai netizen mempersoal mengapa setiap kali video melibatkan entiti seram, pasti kualiti gambar video sangat teruk.

Menurut pemilik akaun yang memuat naik video itu, kualiti video kurang baik kerana ia dirakam pada waktu malam dan menggunakan fungsi zoom.

Tambahnya lagi, apabila menghadapi situasi seperti itu, zoom merupakan salah satu cara yang paling selamat tanpa perlu meletakkan diri sendiri dalam situasi yang berbahaya.