Lebih dua ribu pengunjung ke Pangkor dari Jeti Marina Island

Lebih dua ribu pengunjung ke Pangkor dari Jeti Marina Island

 

Pihak pengurusan Jeti Marina Island menjangkakan lebih 2,000 pengunjung akan menggunakan perkhidmatan feri dari jeti berkenaan untuk ke Pulau Pangkor esok.

Perjalanan menaiki feri dari jeti ini ke Pangkor mengambil masa 10 minit selain mempunyai kemudahan tempat meletak kereta yang banyak.

Ketua Pegawai Eksekutif, Marina Sanctuary Resort Sdn. Bhd., Ding Mei Looi berkata, pada mulanya mereka menjangkakan sekitar 1,000 pengunjung akan menaiki feri dari Jeti Marina Island, Sabtu ini selepas kerajaan membenarkan rentas negeri sejak Isnin lalu.

Bagaimanapun katanya, terdapat peningkatan mendadak jumlah penumpang feri dari jeti yang terletak di Teluk Muroh ini sejak Isnin lalu hingga semalam.

“Sabtu lepas kira-kira 600 penumpang menaiki feri dari jeti ini ke Pangkor iaitu sebelum kerajaan umum boleh rentas negeri.

“Angka penumpang mula bertambah sejak itu dengan 400 penumpang pada Isnin lepas sehingga lebih 700 orang penumpang semalam,” katanya ketika dihubungi Kosmo!