Lawatan penghormatan terakhir terhadap pemandu ambulans yang membantu kemalangan jalan raya

Lawatan penghormatan terakhir terhadap pemandu ambulans yang membantu kemalangan jalan raya

YDH Ketua Polis Daerah Ipoh, A.Asmadi Bin Abdul Aziz telah membuat lawatan penghormatan terakhir bagi mendiang Nagantheran a/l Kajendran berumur 22 tahun yang telah terlibat dengan kemalangan jalan raya di Lebuhraya Utara – Selatan, KM 263.3 arah selatan.

Mendiang telah menjadi mangsa di atas keberaniannya membantu mangsa lain yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

Pegawai Kanan dan anggota IPD Ipoh yang hadir telah mengiringi jenazah dari rumah ke Buntong Cremation India(Hindu), Buntong, Ipoh.

Turut hadir YDH Supt Lee Swee Sake, Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh (Operasi), DSP Pamnaswaran a/l Arumugam, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah Ipoh dan Pegawai-pegawai Kanan IPD Ipoh.

Salam takziah diucapkan kepada waris dan keluarga mendiang.

Sumber : Polis Daerah Ipoh