Lapisan periuk ‘non-stick’ punca kanser? Doktor Pakar Kesihatan nasihat buang segera

Lapisan periuk ‘non-stick’ punca kanser? Doktor Pakar Kesihatan nasihat buang segera

Golongan wanita pasti mahukan peralatan yang dapat memudahkan lagi kerja harian terutamanya dari segi masakan.

Boleh dikatakan hampir setiap ibu gemarkan periuk non-stick, namun tanpa mereka sedar sebenarnya ia mengandungi bahan chemical yang boleh jejaskan kesihatan seisi keluarga.

Dr. Noordin dedahkan periuk non-stick mengandungi Teflon?

Perkara ini telah pun didedahkan oleh seorang pakar perubatan dan kesihatan di mana beliau turut menjelaskan mengapa jenis cookware ini harus dielakkan.

Jelasnya selepas beberapa ketika, ia akan menjadi risiko sekiranya lapisan kuali anti-lekat yang digunakan itu mula nampak kesan calar dipermukaannya.

Malah, periuk non-stick ini juga mengandungi bahan coating teflon yang boleh memudaratkan kesihatan.

Risiko jika terhidu atau makan… boleh lumpuh otak & rosak paru-paru

Difahamkan, ia bukan saja risiko untuk dimakan, tapi nampaknya lebih dasyat ketika sedang memasak.

Hal ini kerana, keburukan wap asap yang dikeluarkan itu boleh melumpuhkan otak serta kerosakan paru-paru.

Antara simptom lain juga seperti dada sempit serta batuk gara-gara seakan demam sudah terlalu lama terdedah dan hidu bahan kimia (toxic fume).

@fenso8

Periuk nonstick blh sebabkan kanser #shouldbeme #kongsikebaikan #kanser #nonstick #fyp

♬ original sound – Fenso – Fenso

Bertahun guna, banyak plastik masuk dalam badan… burung terhidu pun boleh instantly die

Penjelasan dari Prof Dato Dr. Noordin ini nyata telah membuka minda ramai supaya lebih berhati-hati dalam memilih peralatan dapur.

Selain itu, rata-rata netizen turut bertanyakan jenis-jenis periuk yang lebih sesuai untuk digunakan.

Sumber: VNU, Tiktok fenso8