Lapan kesalahan ketika menggunakan ‘air fryer’ yang ramai tak tahu

Lapan kesalahan ketika menggunakan ‘air fryer’ yang ramai tak tahu

PERKAKAS menggoreng yang menggunakan teknologi udara panas (air fryer) menjadi pilihan popular terutamanya bagi mereka yang mengamalkan pemakanan yang sihat.

Namun, ramai yang tidak sedar akan kesalahan yang dilakukan ketika menggunakan peralatan memasak ini.

Berikut adalah 8 kesalahan ketika menggunakan air fryer:

1. Masak dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa

Walaupun tertera kapasiti muatan air fryer 1.8, 2.5 liter atau sebagainya, ini tidak bermakna anda boleh isi penuh ruang memasak.

Ini kerana, sistem memasak di dalam air fryer menggunakan aliran udara panas

Jika makanan terlalu padat, ia memberi kesukaran kepada udara untuk bergerak bebas dan memastikan makanan masak dengan sekata.

Silap-silap, tekstur makanan akan berubah dan tidak enak.

2. Tidak menggeringkan makanan terlebih dahulu

Untuk memasak makanan seperti daging, ayam, ikan dan sayuran, pastikan anda keringkan bahan tersebut dari air.

Macam daging, ayam dan ikan, tekap dengan tisu sebelum dimasak.

Permukaan makanan yang kering lebih cepat dan mudah dimasak

3. Peralatan air fryer tidak dicuci secara rutin

Layaknya peralatan masak yang lain, air fryer juga sebaiknya dibersihkan secara rutin, terutama apabila ia sering digunakan.

Lakukan pembersihan secara kerap mengikut langkah-langkah yang disarankan mengikut setiap jenama.

4. Tidak memanaskan air fryer terlebih dahulu

Sama seperti ketuhar, air fryer juga perlu dipanaskan terlebih dahulu sebelum makanan dimasukkan. Ia dapat memastikan proses memasak dapat dilakukan secara optimum.

5. Tidak membalikkan makanan

Walaupun tetapan masa air fryer boleh dilaras dan ditinggalkan, teknik ini kurang sesuai untuk bahan seperti daging, ayam dan ikan.

Sekurang-kurangnya, anda perlu membalikkan daging yang dimasak sekurang-kurangnya satu atau dua kali sepanjang proses untuk memastikan ia masak secara sekata.

6. Tidak langsung menggunakan minyak

Walaupun air fryer dikenali sebagai peralatan menggoreng tanpa minyak, ini tidak bermakna ia tidak memerlukan langsung minyak.

Untuk hasil masakan yang lebih cantik dan enak, semburkan sedikit minyak di atas makanan sebelum dimasak.

7. Menggunakan cooking spray

Elak guna penyembur minyak (cooking spray) pada permukaan dalaman air fryer. Ini kerana permukaan air fryer telah direka lengkap dengan lapisan antilekat.

Jika anda menggunakan penyembur minyak, dikhuatiri akan merosakkan permukaan anti lekat tersebut.

8. Tidak memeriksa makanan

Walupun air fryer dilengkapi dengan tetapan masa, anda tetap perlu memeriksa makanan tersebut.

Ia bagi memastikan makanan anda masak secara sekata (dan dalam keadaan seperti yang dikehendaki). – AA