“Lapan bulan usia perkahwinan kami, aku mohon fasakh, tak sampai hati lihat air mata suami hari-hari bila mak enggan cakap dengan dia”

“Lapan bulan usia perkahwinan kami, aku mohon fasakh, tak sampai hati lihat air mata suami hari-hari bila mak enggan cakap dengan dia”

 

Kepada emak mertuaku H.. Ini coretan hatiku selepas anak lelakimu menjatuhkan taIaknya dan sempena hari penghabisan Iddahku

Emak, Emak memang emak yang cukup sayangkan anak dan tidak boleh melihat kesusahan anak walaupun sekelumit pun.

Memang saya bukan menantu pilihan, berdasarkan saya tidak bekerja tetap dan emak tidak tahu yang bekas menantumu ini adalah lulusan master di UK.

Ya, saya tidak menghebohkan kepada sesiapa kerana bagi saya sijil ini tidak perlu dihebahkan dan menjadi ukuran sebagai calon menantu.

Bila kali pertama kita bertentang mata, ayat pertama emak adalah apakah pekerjaanku. Saya hanya menyatakan saya bekerja sendiri di samping menjadi guru tusyen part time. Belum habis mukadimah, emak terus menarik muka di hadapan saya.

Ya, anak emak itu bekerja kerajaan, sebagai pembantu perubatan. Dengan mudahnya emak luncurkan ayat “paling tidakpun carilah jururawat” didepanku pada pertemuan pertama kita. Emak, emak tahu tak selepas itu saya membawa diri jauh dari anak emak.

Bukan kerana rajuk, tetapi saya tidak ingin perkahwinan yang mendapat restu terp4ksa dari emak mertua. Kerana anak emak itu masih mencari saya, menagih cinta sehingga masuk hospitaI akibat depr3si, saya membuat solat istikarah dan dialah yang saya nampak sebagai j0doh saya.

Oleh itu saya menerima dia dengan harapan yang satu hari nanti emak akan menerima saya. Emak, memang dia anak emak, tetapi hanya pasangan hidup yang lebih mengetahui dari hujung rambut hingga hujung kaki sang suami.

Emak mengatakan yang anak emak ini bekerja kuat dan mempersoalkan saya kenapa tidak minta kerja gomen. Tapi emak tidak tahu, pusat tusyen yang saya katakan saya bekerja part time guru itu adalah milik saya. Rumah yang anak emak duduk itu rumah saya, kereta yang anak emak bawa emak pergi jalan – jalan itu adalah kereta saya.

Ya, saya haIang dia untuk berterus terang kerana maru4h suami saya perlu jaga. Lagipun pasti emak rasa janggal sekiranya emak bertandang ke rumah menantu, bukan rumah anak emak sendiri. Saya sayangkan emak, dan saya sayangkan suami waktu itu.

Setiap kali emak datang, ada sahaja tidak kena. Emak tengking saya bila saya ingin renovate rumah kononnya tidak bersyukur rumah yang suami sediakan. Emak buang masakan saya kerana kononnya masakan saya ini menambah peny4kit anak emak.

Duhai emak, kerana mulut saya ini ringan kononnya ingin menjaga emak dek kerana s4kit, saya menjadi h4mba di rumah sendiri. Selama 5 bulan kami berkahwin emak sudah heboh mengatakan saya ini manduI. Habis semua ipar duai mengata saya dan bila saya enggan balik kampung, emak hamburkan kata kesat kepada saya.

Tahukah emak disaat itulah saya baru keguguran kerana terlalu str3ss dengan sikap family mertua. Ya silap saya kerana saya banyak pendam. Saya banyak menjaga hati semua orang, maru4h suami sehingga diri saya tergadai dan depresi.

Setiap bulan emak dapat duit belanja RM700 dari suami, emak ku sayang, emak tahu tak berapa gaji sebagai pembantu perubatan setiap bulan? Bila suami belikan emas sebagai hadiah, emak merajuk balik kampung sampai enggan bercakap dengan anak emak.

Habis saya dim4ki oleh ipar duai mengatakan saya menantu derh4ka walaupun ipar – ipar itu takde sorang pun yang ingin menjaga emak. Emak, 8 bulan usia perkahwinan kami saya memohon fasakh. Ya, kerana saya tidak sampai hati melihat air mata anak emak hari – hari apabila emak enggan bercakap dengannya.

Saya tidak berd3ndam mahupun berg4duh dengan suami. Tapi saya enggan melihat suami tersepit di antara isteri dan seorang ibu yang melahirkannya. Apabila kes cerai berjalan, emak datang ke mahkamah dan p4ksa anak emak untuk dapatkan hak rumah itu.

Barulah terb0ngkar semuanya yang segala harta benda termasuk kereta adalah milik saya yang mutlak. Tiada harta sepencarian kerana semuanya saya beli sebelum kahwin. Emak tersayang, saya kembalikan anakmu semula dan kahwinkanlah dia dengan menantu pilihan emak.

Walaupun dia masih sayangkan saya, tapi saya selalu mengatakan.. isteri boleh dicari, tapi emak hanyalah seorang di dunia ini. Biarlah saya beredar kerana saya jugak ada hati yang ingin dijaga.

Buat R, 8 bulan menjadi isterimu adalah kenangan terindah sepanjang hidupku. Ketahuilah yang bekas isterimu ini redha diatas segalanya. Bahagialah dirimu dengan kunci syurgamu dan doaku takkan pernah terputvs hingga akhir hayatku.

Buat semua pembaca, jadilah memoriku ini sebagai pengajaran. Sekiranya bakal mertua sudah tidak berkenan, janganlah teruskan hubungan kerana amat jarang bagi seorang ibu mertua dapat menerima menantu bukan pilihan apabila sudah berkahwin kelak. Buat ibu – ibu mertua, hargailah menantumu.

Kerana hanya mereka yang mengetahui mengenai kekurangan dan kelebihan anakmu. Harta dan pangkat bukan beerti menantumu itu akan menjaga dan menyayangimu hingga akhir usia. Sekian nukilanku, – Laila (Bukan nama sebenar)

Sambungan.. Assalamualaikum wbt.. terima kasih kepada pembaca yang memberi sokongan dan galakan untuk diri ini terus hidup dengan bahagia. Ada yang mempersoalkan mengapa saya tidak berterus terang? Memberitahu dan w4r – w4rkan yang saya mempunyai segalanya? Maaf para pembaca, itu bukan diri saya.

Saya dilahirkan di dalam keluarga yang mementingkan kesederhanaan. Walaupun ibu adalah bekas professor di Universiti terkemuka dan berpangkat Datuk, tapi ibu tidak pernah mew4r – w4rkan pangkat dan darjatnya.

Hanya segelintir umum yang mengetahui mengenai latar belakang keluarga saya. Ibu selalu berpesan, menangkan hati seseorang dengan akhlak dan kebaikan. Tataterbit yang baik apatahlagi kepada warga tua. Ibu sudah berpencen, dan hidup bahagia di kampung halaman seperti orang lain.

Arw4h nenek cukup sayangkan ibu (menantu). Sampai keakhir hayatnya nenek tidak tahu sangat latar belakang ibu. Nenek hanya tahu ibu adalah cikgu. Sewaktu nenek s4kit, ibulah yang sanggup menjaganya dan nenek memberi kasih sayang yang tidak terhingga kepada kami sekeluarga.

Saya mengambil contoh ini untuk kehidupan saya. Bukan saya terlalu berahsia, pertemuan pertama bersama bekas mentua juga menjadi alasan mengapa saya terus berahsia. Bagi saya, sekiranya seseorang itu tidak memberi respek dan melayan orang lain dengan sama rata, dia bukanlah seseorang yang boleh dipercayai untuk kita beritahu segala latar belakang hakta pekerjaan sekalipun.

W4rga pembaca, bekas suami saya seorang yang baik. Tetapi dia bukanlah anak kegemaran ibunya. Hanya dialah satunya yang tiada degree. Suami sebelum ini tahu serba sikit latar belakang saya. Kerana tidak mahu dia dipandang lekeh, saya tidak beritahu kepada family mertua tentang kelulusan saya.

Suami kerap diperIi dari kecil kerana tidak pandai. Sehinggalah dia mendapat jawatan tetap di government, pandangan mereka sikit berubah. Selepas saya dih1na oleh bakal mertua dihari pertama kami bertemu, saya membawa diri dan putvs segala kontak dengan bekas suami.

Bagi saya ibu adalah utama, sekiranya ibu tidak merestui, pasti perkahwinan ini akan jadi sia – sia. Tetapi disebabkan bekas suami mempunyai masa silam yang sulit, dia mempunyai tahap depr3si yang tinggi. Sehingga hampir membunvh diri kerana tertekan saya meninggaIkannya.

Berkat solat dan nasihat ibu, saya menerimanya dan memang dialah suami yang terbaik untuk diri saya. Suami sebelum ini menyewa rumah saya bersama kawannya. Selepas kami kahwin, kami terus tinggal di situ dan sebab itulah mertua sangkakan rumah itu adalah rumah suami.

Ibu mertua pernah mengatakan jika rumah itu rumah saya, dia tidak akan jejak kaki ke rumah kami. Sebab itu saya hanya diamkan diri kerana dalam hati saya, saya menghorm4tinya dan cuba untuk menjadi isteri dan menantu yang baik.

Kebetulan mertua s4kit dan tiada yang sudi menjaganya. Saya pula bekerja sendiri dan mempunyai masa sendiri. Saya pikul tanggungjawab menjaga kunci syurga suami saya walaupun diri ini tidak disukai. Ibu saya selalu menasihati, sekiranya diberi r4cun, baIaslah kembali dengan manisan.

Itulah yang saya lakukan sehingga 8 bulan. Saya sudah cukup bertahan, sehinggalah saya hampir mer0yan selepas dih1na dan dalam keadaan berpantang akibat keguguran. Mertua, ketawakan saya apabila suami beritahu saya keguguran.

Baginya tidak perlu ada anak bersama saya kerana saya keturunan orang miskin. Mengapa saya memohon fasakh? Ini kerana mertua saya terlalu mend3ra em0si suami sehingga dia tidak dapat bekerja buat sementara waktu.

Suami sudahlah memang ada depr3si, ditambahkan lagi dengan sikap mertua yang tidak sudah – sudah membenci saya. Saya menjadi rasa bersalah kerana ini adalah disebabkan saya suami dituduh anak derh4ka. Saya slow talk dengan suami, saya mengatakan jika kita pert4hankan perkahwinan ini, kami berdua akan s4kit.

Dia tidak dapat memilih antara saya dan ibunya kerana dua – dua adalah nyawanya. Sebab itulah saya memilih untuk membawa diri. Para pembaca sekalian, bukan mudah untuk saya membuat keputvsan ini. Memang dengan menyebut 8 bulan usia perkahwinan itu dik4takan terlalu awal, tapi bagi kami yang merasai sendiri diibaratkan 800 tahun lamanya kes4kitan yang kami rasai.

Suami bukan tidak mahu bercakap benar, dia sendiri mengatakan buat apa kita beritahu w4r – w4rkan harta untuk orang sayangkan kita? Dia tidak pernah culas memberi nafkah. Buat dua tiga kerja kerana ingin cukupkan nafkah untuk saya dan ibunya.

Dia memberikan rm700 dengan harapan ibunya akan diam dan tidak menyerang saya. Tetapi harapan hanya tinggal harapan. Sikap ibu mertua m4kin hari m4kin tidak ada pertanda untuk berubah. Saud4raku sekalian, kita tidak perlu membeli hati manusia dengan harta benda apatalagi sekiranya kita adalah wanita.

Kerana tugas mencari rezeki adalah tanggungjawab sang suami. Memang ada yang katakan dunia sekarang kita perlu sedikit show-off, but ini bukan prinsip saya sekeluarga. Saya maafkan semua orang yang pernah s4kiti saya.

Dan suami juga sudah redha dengan keadaan keluarganya dan tidak mahu mend3ra perasaan saya lagi. Sebab itulah keputvsan perpisahan adalah terbaik buat masa ini. But mana tahu satu hari nanti kami dij0dohkan semula?

Itu urusan Allah yang kita tidak boleh menduga. Biarlah saya merawat hati dan pulihkan keadaan diri saya sendiri dahulu. Apa yang saya ada sekarang adalah datang dari rezeki Allah dan usaha penat lelah yang tidak patut dipersoalkan oleh sesiapa.

Ingatlah pesanan dari seorang pujangga.. Jika seseorang boleh menerima dirimu disaat kamu tiada apa – apa, percayalah dia akan bersamamu disaat kita mempunyai segalanya. Sekian… Salam kasih, – Laila (Bukan nama sebenar)