Lantang bersuara isu Pale.stin, jenama Dior didakwa ganti Bella Hadid dengan model Isra.el?

Lantang bersuara isu Pale.stin, jenama Dior didakwa ganti Bella Hadid dengan model Isra.el?

 

Bella Hadid antara model antarabangsa yang sangat lantang dalam menyuarakan sokongannya terhadap negara Palestin.

Malah, dia juga mengeluarkan kenyataan yang dia tidak takut untuk kehilangan kerja peragaan disebabkan pendiriannya itu.

Terbaru, Bella Hadid atau nama sebenarnya Isabella Khairiah Hadid merupakan model berdarah kacukan Palestin-Jordan serta Belanda itu didakwa ‘dibuang’ dari kempen jenama fesyen mewah, Dior dan digantikan dengan model Israel, May Tager.

Menurut laporan WION News, berita itu pada mulanya dikongsikan oleh sebuah agensi berita Turkiye, Yeni Şafak English sebelum akhbar tempatan Israel mengesahkan berita tersebut.

“Walaupun banyak syarikat di seluruh dunia mengelak daripada menyokong Israel secara terbuka, jenama antarabangsa Dior telah memilih model Israel May Tager untuk mengetuai kempen mereka.

Tempat itu sebelum ini dipegang oleh Bella Hadid, yang telah lama menjadi penyokong perjuangan Palestin dan pengkritik lantang Israel,” tulisnya.

Berita itu mendapat kritikan yang teruk daripada netizen antarabangsa sehinggakan Instagram milik model Israel itu dipenuhi dengan komen yang menyuarakan sokongan terhadap Bella Hadid.

Cats 16

Setakat artikel ini ditulis, ruangan komen model Israel itu telah pun dipadam namun dia masih belum membuang komen-komen sebelum ini.

Bagaimanapun, semua ini terjawab dah difahamkan Bella sudah meinggalkan jenama tersebut pada bulan Mac tahun ini untuk sebuah lagi jenama solekan mewah, Charlotte Tilbury.