Landasan kereta api Hatyai-Padang Besar dibom

Landasan kereta api Hatyai-Padang Besar dibom

 

Perkhidmatan kereta api State Railway of Thailand (SRT) dari Hatyai ke Padang Besar, Malaysia tergendala selepas satu bahagian landasan dibom berhampiran Stesen Kereta Api Klong Ngek di Sadao, Thailand, hari ini.

Sumber berkata, kejadian dilaporkan kira-kira jam 2 petang ketika sebuah kereta api kargo dalam perjalanan dari Hatyai ke Padang Besar tergelincir selepas landasan dilalui dipercayai diletak bom yang meletup berhampiran Stesen Kereta Api Klong Ngae.

Menurut Berita Harian, letupan menyebabkan gerabak kereta api berkenaan terbabas dan melumpuhkan perkhidmatan kereta api dari sektor berkenaan ke Padang Besar.

Stesen Kereta Api Khlong Ngae, Sadao terletak 23.3 kilometer dari Stesen Kereta Api Padang Besar, Perlis di sempadan Malaysia-Thailand.

Setakat ini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas kejadian berkenaan dan perkhidmatan kereta api SRT dihentikan buat sementara waktu.