Lama menyepi, netizen rindu resepi baru Ira Kazar

Lama menyepi, netizen rindu resepi baru Ira Kazar

 

Isteri kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar aktif berkongsi pelbagai jenis resipi mudah kepada warganet di media sosial.

Lama tak kongsi resepi

Namun begitu, Ira, 27, dilihat sudah lama tidak memuat naik hantaran video baharu di akaun TikTok miliknya.

Kali terakhir Ira berkongsi adalah pada 14 Oktober lalu iaitu masakan Korea, Sundubu Jijigae yang sudah mendapat 1.4 juta tontonan.

Tindakan Ira menyepi telah membuatkan pengikut setia tertanya serta ternanti video masakan terbaru.

“Ala mana next resipi Ira, lama tunggu”

“Ira tak ada resipi baru lagi ke? Macam dah lama tak hello everyone”

Sebelum ini, perkongsian resipi yang dilakukan anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi mendapat sambutan hangat selain voice over ‘Hello everyone’ disukai wargamaya.

Antara menu masakan lain yang pernah dikongsikan adalah bubur som som (2.7 juta), pengat pisang (2.5 juta), Gigi Hadid’s pasta (2.5 juta) dan taucu sardin (2.3 juta).

Terdahulu, nama Ira kembali hangat diperkatakan selepas selepas sebuah portal melaporkan tentang rumah tangga bekas madu kepada seorang aktres popular telah berakhir selepas diceraikan suaminya yang juga pelakon dan pengarah terkenal tanah air.

Laporan itu turut mengatakan bahawa wanita itu telah diceraikan melalui aplikasi WhatsApp dan dihalau keluar dari rumah.