“Laki bini celaka, aku doakan bisnes muflis” – Tak setuju terma kerja, pelajar Master maki hamun majikan

“Laki bini celaka, aku doakan bisnes muflis” – Tak setuju terma kerja, pelajar Master maki hamun majikan

 

Gambar sekadar hiasan. Tular sebelum ini mengenai pelajar praktikal yang menuntut supaya elaun yang berpatutan diberikan kepada mereka.

Dengan membawakan sepanduk bertulis ‘intern bukan buruh percuma’, pelajar-pelajar juga tersebut ingin menarik perhatian majikan supaya memikirkan nasib mereka sebagai pelajar praktikal yang hidup di bandar besar.

Dalam pada itu, beberapa tuntutan turut dikemukakan kepada Kementerian Sumber Manusia melalui pegawai khas kepada Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong.

Belum reda isu melibatkan pelajar praktikal mengemukakan tuntutan, seorang wanita pula mendedahkan tindakan seorang pelajar dari sebuah universiti swasta yang disifatkan sebagai tidak beradab.

Semasa membuat hebahan tentang mencari pekerja sambilan, usahawan wanita tersebut menyatakan syarat yang diberikan kepada calon pekerja adalah bertujuan untuk melihat kesungguhan mereka.

Akan tetapi, situasi akan berubah mengikut masa dan keadaan.

Namun sangat mengejutkan apabila jawapan yang diberikan oleh gadis berkenaan yang merupakan pelajar dalam jurusan Sumber Manusia (Master) itu sangat mengecewakan.

“Kalau tak setuju dengan certain terms, tak boleh ye berbincang dengan cara elok? Bargain dengan cara elok? Memang kena hamun orang terus. Buruk rupa takpe, jangan buruk adab. Ini kalau 2-2 buruk, gelap masa depan dik. Tak kisah lah kau sandang sijil PHD sekali pun.

“Takpe, since awak kebulur viral, saya viralkan awak. Para majikan tolonglah blacklist budak ni siap-siap,” tulisnya.

Bagaimanapun, di ruangan komen ada juga yang mempertikaikan tindakan majikan yang tidak memberikan cuti kepada pekerja. Namun begitu, wanita ini menyatakan itu hanyalah sebagai satu percubaan buat calon untuk melihat kesungguhan mereka.