Lagu Alamak Raya Lagi ‘mendunia’ sampai ke Jepun

Lagu Alamak Raya Lagi ‘mendunia’ sampai ke Jepun

Setiap kali tiba Hari Aidilfitri, kemeriahan perayaan itu akan diserikan dengan deretan dendangan lagu raya yang dipasangkan di corong-corong radio.

Biarpun lagu-lagu raya ini sudah berusia, namun ia tetap malar segar dan dapat menambah kemeriahan sambutan yang ada.

Bagi sesetengah pendengar, lagu-lagu tersebut bukan setakat untuk memeriahkan suasana semata-mata, namun turut mampu menggamit nostalgia dan kenangan indah bersama orang tersayang.

Dalam pada itu, tidak dinafikan ada juga lagu-lagu raya yang lebih moden dihasilkan saban tahun dan menjadi trending di media sosial.

Lagu-lagu raya moden ini juga sangat berbeza kerana mengandungi lirik yang lebih ringkas dan irama yang lebih catchy, sekaligus menepati selera orang muda pada hari ini.

Antara lagu raya moden yang sedang trending adalah lagu “Alamak Raya Lagi!”, dendangan kumpulan De Fam.

Lagu raya “Alamak Raya Lagi!” menjadi trending hingga ke Jepun

Baru-baru ini, tular di media sosial satu rakaman memaparkan tiga individu dari negara Jepun sedang menari menggunakan lagu tersebut sehingga ia meraih perhatian orang ramai.

Siapa sangka, lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan wanita trio itu menarik perhatian ramai orang termasuk penduduk di luar negara.

Difahamkan, kumpulan penari wanita Jepun itu  merupakan penari daripada “Japan Dance Team” yang dikenali sebagai avantgardey.

Anggun menggayakan pakaian yang seragam, mereka dilihat begitu bertenaga menari mengikut rentak seperti yang dipersembahkan De Fam dalam video asal.

Dalam masa sama, gelagat kumpulan penari itu secara tidak langsung turut menarik perhatian wargamaya yang teruja dengan tarian yang dilakukan.

Menjengah ke ruangan komen, penyanyi asal lagu “Alamak Raya Lagi!” turut memuji dan berterima kasih kerana menggunakan lagu mereka.

Rata-rata rakyat Malaysia berbangga apabila kumpulan wanita itu menggunakan lagu raya sebagai kandungan video mereka.

Untuk pengetahuan anda, lagu “Alamak Raya Lagi!” dilancarkan pada 7 Mac 2024, malah dijadikan sound track untuk pelbagai kandungan bertemakan Aidilfitri di TikTok.

@agy.official

How i enjoy my raya ?? Watch till end ✨ #alamakrayalagi #KongsiBersama #raya #fyp #kongsiJer

♬ Alamak Raya Lagi DEFAM – De Fam

Selain itu, penduduk negara-negara lain seperti di Indonesia dan Korea Selatan turut menggunakan lagu ini sebagai kandungan video mereka di media sosial, TikTok.

@tribedaloca

Alamak! We’re late! Rak lu pape roger!! Is this how you do it?? 🏃 #트라이비 #TRI_BE #AlamakRayaLagi #AlamakRayaLagiChallenge #SelamatHariRaya #Raya2024 #KongsiBersama @De Fam @Sophialiana @cikmanggis @Azira Shafinaz

♬ Alamak Raya Lagi DEFAM – De Fam

@mallafashionstore

Alamakkk siapa yg ngerasa kalau bentar lagii udaa harii rayaa😫‼️ manaa baju blom sampe rumah lagii😭 alamakk kalii #alamakrayalagi #fypage #madamemalla #viral #ramadhan

♬ Alamak Raya Lagi DEFAM – De Fam